Awal tahun ini Maxis telah melancarkan pelan Prabayar Hotlink Pantas bagi menggantikan pelan Internet 365. Selain itu, pelan Tanpa Had turut disediakan bagi pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan prabayar telekomunikasi.

Kini terdapat dua pelan prabayar baharu yang diperkenalkan melalui Pelan Hotlink Streaming dan Hotlink Work From Home. Pelan Hotlink Streaming menawarkan pilihan tiga pas internet setiap bulan yang sah untuk digunakan selama 30 hari, iaitu:

  • Data 25GB berharga RM40
  • Data 15GB berharga RM25
  • Data 5GB berharga RM20

Buat anda yang ingin mendapatkan pas internet mingguan atau harian, turut disediakan data 4GB berharga RM10 dan data 2GB berharga RM3. Bonus tambahan dalam bentuk diskaun 5% akan diberikan untuk pembelian dalam aplikasi melalui Maxis Direct Carrier Billing.

Melalui pelan Streaming ini anda disajikan dengan data tanpa had untuk digunakan pada aplikasi penstriman terpilih seperti TikTok, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, VIU, Spotify dan JOOX dari 6 pagi hingga 6 petang. Penstriman di luar waktu tersebut akan menggunakan kuota data bulanan mengikut pas internet yang anda pilih.Logo Hotlink

Kelajuan internet pelan Hotlink ini juga tertakluk kepada FUP dan jika melepas had 100GB yang telah ditetapkan bagi setiap pas bulanan, kelajuan akan dkurangkan kepada 512kbps. Had ini juga ditetapkan pada pas mingguan dan harian 25GB dan 5GB.

Satu pelan iaitu Hotlink Work From Home menawarkan lima pas internet yang sama, diskaun 5% dan juga had FUP yang sama. Berbeza pelan Streaming yang menawarkan akses tanpa had penstriman dari jam 6 pagi hingga 6 petang, pelan Work From Home ini menawarkan akses tanpa had sepanjang hari untuk aplikasi produktiviti dan permesejan, iaitu:

  • Microsoft Office 365
  • Microsoft Teams,
  • Microsoft OneDrive
  • Microsoft Outlook
  • Skype
  • WhatsApp
  • WeChat
  • Zoom
  • Google Meet

Kedua-dua pelan ini bagaimanapun tidak menyediakan akses panggilan dan SMS tanpa had dan anda akan dikenakan bayaran tambahan jika menggunakannya. Maklumat lanjut, layari https://www.hotlink.com.my/en/products/prepaid

Tinggalkan komentar