Maxis menawarkan penggunaan internet sehingga tiga kali ganda untuk pelan prabayarnya melalui Hotlink ReloadPlus Internet. Tawaran ini dibuat seiring dengan tawaran Maxis untuk pelan pascarabayar dan juga tawaran untuk peranti-peranti pada harga menarik melalui promosi Zerolution.

Pada promosi ReloadPlus ini, had kuota internet untuk RM 10 telah dinaikkan kepada 300 MB untuk tempoh 7 hari berbanding sebelum ini yang hanya pada 100 MB sahaja. Manakala untuk ReloadPlus RM 15 yang sebelum ini kuotanya hanya pada 250 MB, kini hadir dengan had kuota internet baharu sebanyak 750 MB. Kedua-dua pakej Hotlink ReloadPlus ini hanya sah digunakan sehingga 7 hari sahaja dan menerima kadar panggilan dan SMS percuma mengikut pakej masing-masing iaitu RM 10 dan RM 15.

Anda yang berminat ingin mendapatkan tawaran ini boleh memperolehinya dengan mendail *100# melalui nombor talian Hotlink anda atau boleh juga melalui aplikasi Hotlink RED.

Layari laman web Hotlink untuk maklumat lanjut.Hotlink ReloadPlus2

3 KOMEN

  1. Aku pakai celcom magic sim dari xpax, jarang gila guna sms atau buat call, slalu bergantung pd whatsapp n email je utk berhubung, so credit aku basically utk keep the line alive je n utk guna internet kalo wifi takde. Dulu ada plan boleh buy extended credit validity for 1-2 years terus (RM60-80), tp skrng celcom dah x offer feature tu, huhuu menyampah. Extended credit validity for 1-2 years tu amat2 lah ohsem tahuuu?? Skrg ni bukan zaman sms n calling2 sgt dah ler huhuu…

Tinggalkan komentar