Utama Android Honor HONOR X9d 5G Terima Perkenan Diraja Daripada Sultan Pahang

HONOR X9d 5G Terima Perkenan Diraja Daripada Sultan Pahang

21
0

KUALA LUMPUR, 11 September 2025 – HONOR menghangatkan keterujaan rakyat Malaysia menjelang ketibaan peranti HONOR X9d 5G, model terbaharu jenama tersebut dalam Siri X yang laris di pasaran. Di media sosial, ramai pengguna Siri X telah menyatakan minat mereka untuk mengetahui peningkatan menyeluruh yang bakal dibawakan oleh telefon pintar ini.

Sejak 2022, Siri X berjaya menambat hati pengguna tempatan dan terus menguasai segmen kelas pertengahan sebagai telefon pintar nombor satu di pasaran. Meneruskan legasi tersebut, HONOR X9d 5G hadir dengan kerangka yang memiliki ketahanan lebih baik untuk jatuhan serta rintangan air yang dipertingkatkan, termasuk keupayaan bertahan semasa berada di dalam air dalam tempoh lama.

Sultan Pahang Beri Tanda Isyarat ‘Bagus’ Terhadap Ketahanan HONOR X9d Semasa Pratonton Eksklusif Filem

HONOR X9d 5G telah membuat penampilan pertama dalam filem tempatan, Legasi: Bomba The Movie sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai. Semasa pratonton eksklusif filem tersebut, Sultan Pahang telah berkenan bercemar duli dan menjadi antara yang terawal merasai sendiri ketahanan luar biasa peranti ini, dan memberikan tanda isyarat ‘bagus’ baginda sebagai tanda pengiktirafan. Seterusnya, kemunculan kedua HONOR X9d 5G semasa sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya apabila pelakon filem tersebut, Ben Amir merakamkan detik sambutan tersebut menggunakan peranti ini di hadapan lebih 100,000 penonton yang hadir.

Kemunculan HONOR X9d 5G telah mencetuskan bualan hangat secara maya dan HONOR amat teruja untuk mendedahkan lebih banyak lagi butiran mengenai telefon pintar ini. Saksikan sendiri prestasi dan ketahanan tiada tandingan HONOR X9d 5G pada 18 September 2025 nanti.

Untuk perkembangan terkini tentang HONOR X9d 5G, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/ .

Tinggalkan komentar