KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Selepas kejayaan pra-tempahan, telefon pintar Pilihan Utama Malaysia HONOR X9d 5G akan mula dijual secara rasmi di kedai seluruh negara bermula 10 Oktober 2025. Pembeli yang terlepas pra-tempahan kini boleh mendapatkan peranti ini yang menawarkan ketahanan tiga kali ganda di HONOR Experience Store berhampiran atau platform dalam talian.
HONOR X9d 5G didatangkan dengan set hadiah percuma eksklusif bernilai RM946 yang terdiri daripada jam pintar HONOR Watch 2i bersama dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Bagi HONOR Watch 2i, ia adalah tawaran eksklusif yang terhad dan tersedia berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’, jadi segera dapatkan HONOR X9d 5G sekarang!
HONOR X9d 5G tersedia dalam dua varian: 24GB RAM (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dengan storan 256GB pada harga RM1,499, manakala storan 512GB berharga RM1,699. Peranti ini hadir dalam empat warna premium iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black. Telefon pintar ini boleh dibeli di HONOR Experience Store, kedai dalam talian HONOR, serta kedai flagship HONOR di Lazada, Shopee, dan TikTok. Ia juga tersedia melalui pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Diskaun Tambahan 15% Khas untuk Anggota Bomba
Bermula 10 Oktober, HONOR memberikan diskaun istimewa 15% kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membeli HONOR X9d 5G. Diskaun ini sebagai penghargaan kepada anggota bomba terhadap komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi dalam melindungi dan berkhidmat kepada masyarakat.
Untuk layak menikmati diskaun ini, anggota bomba dikehendaki mendaftar di laman sesawang HONOR menggunakan emel rasmi jabatan mereka.
Cabaran Ujian Tekanan HONOR X9d 5G Menarik Ramai Pengunjung ke Jerayawara
HONOR turut meraikan pelancaran jualan HONOR X9d 5G dengan menganjurkan jerayawara yang kini berlangsung di IOI Mall Puchong dari 8 hingga 12 Oktober. Hari pertama jerayawara telah menyaksikan ramai pengunjung mengalami sendiri ketahanan luar biasa dan prestasi peranti hebat ini. Pengunjung telah mengambil bahagian dalam aktiviti menarik iaitu Cabaran Skrin, Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk serta Cabaran Pengecasan Berbalik.
Dalam Cabaran Skrin, pengunjung telah menguji ketahanan skrin HONOR X9d 5G ke tahap maksimum, dengan menggunakan staple gun bagi membuktikan bahawa paparan peranti ini mampu menahan impak, kekal tanpa retak atau calar, dan masih berfungsi sepenuhnya. Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk pula mengetengahkan teknologi pembersihan kendiri inovatif telefon pintar ini. Pengunjung dapat menyaksikan peranti ini menyingkirkan air dan habuk daripada port bagi memastikan ia kekal berfungsi dengan lancar dalam apa jua persekitaran. Dalam Cabaran Pengecasan Berbalik, pengunjung dapat melihat keupayaan peranti ini menghidupkan lampu LED menggunakan ciri pengecasan berbalik tanpa mengalami kehabisan kuasa dengan cepat, membuktikan ketahanan luar biasa kapasiti 8,300mAh bateri HONOR X9d 5G yang mengagumkan.
Peluang Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Lebih RM95,000
Lebih menarik, pengunjung yang membuat pembelian berjumlah RM1,000 dan ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000, dengan pembeli HONOR X9d 5G akan menerima dua penyertaan. Hadiah menarik termasuk HONOR Pad 10 5G, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan barangan eksklusif lain.
Selain itu, HONOR juga menawarkan diskaun menarik semasa jerayawara tersebut, dengan pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM900 untuk model terbaharu Siri HONOR 400 dan HONOR Magic7 Pro. Setiap pembelian produk turut didatangkan dengan hadiah percuma tambahan eksklusif semasa pameran jelajah ini sahaja.
Jerayawara HONOR X9d 5G di Johor Bahru dari 20 hingga 26 Oktober
Jangan tunggu lagi, sertai keseronokan ini! Kunjungi Jerayawara HONOR X9d 5G di Carnival Court, Tingkat Bawah, IOI Mall Puchong sebelum ia berakhir pada 12 Oktober. Selepas itu, HONOR X9d 5G akan meneruskan jerayawara ke Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 hingga 26 Oktober ini.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang di www.honor.com/my/.













