HONOR secara rasminya melancarkan Siri X terbarunya di pasaran Malaysia. Sebelum ini, HONOR dijangka akan menawarkan tiga model baharu menerusi siri ini, namun terdapat satu lagi model hadir di dalam keluarga terbaru dari HONOR ini.

HONOR turut memperkenalkan HONOR X9 versi 4G yang menggunakan pemprosesan Snapdragon 680. Bagi versi 5G pula, HONOR X9 versi ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695.

Selain itu, HONOR X9 4G juga mempunyai modul kuad kamera yang menampilkan kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan potret 2MP. Sebagai perbandingan, X9 5G pula mempunyai tri-kamera yang mengandungi kamera utama 48MP, makro 2MP dan potret 2MP.

Kedua-dua versi HONOR X9 ini juga didatangkan dengan paparan Full HD+ 6.81-inciĀ  120Hz, RAM 8GB, storan dalaman 128GB, bateri 4800mAh dan sokongan pengecas SuperCharge 66W. Untuk harganya, X9 5G dijual pada RM1,299, manakala bagi versi 4G ia dijual pada harga sedikit rendah iaitu RM1,099.

Turut diperkenalkan menerusi HONOR X Series ini adalah HONOR X8 yang dijual pada harga RM899. Manakala model paling berharga mampu milik di dalam siri ini, HONOR X7 dijual pada harga RM699.

HONOR X9 5G dan HONOR X8 boleh dipra-tempah bermula dari sekarang sehingga 6 April ini. Anda yang membuat pra-tempahan model-model ini akan menerima HONOR CHOICE Earbuds X, waranti lanjutan 1-tahun, dan perlindungan keretakan skrin selama 6 bulan. Bagi anda yang membuat pra-tempahan HONOR X9 5G juga akan menerima bekas pelindung telefon tambahan.

Cenderahati percuma HONOR CHOICE Earbuds X dan waranti lanjutan 1 tahun ini juga akan terus diberikan bagi pembelian selepas tempoh pra-tempahan tersebut tamat. HONOR X9, HONOR X8 dan HONOR X7 akan mula memasuki pasaran Malaysia bermula 14 April 2022.

Tinggalkan komentar