HONOR Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran produk terkininya pada 29 Mac ini. Bayangan mengenai kehadiran telefon pintar tersebut telah pun mula hadir sejak kebelakangan ini.
Antaranya mesej dari laman Facebook HONOR Malaysia oleh Pengarahnya, Lijing mengenai telefon baharu yang dikenali sebagai X Series yang akan hadir dalam 3 model.
Beliau turut menyatakan ketiga-tiga telefon ini akan menjalani pelbagai ujian kelasakan seperti terjatuh dari ketinggian 1 meter, tahap kelenturan dan suhu tinggi. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan nama bagi peranti berkenaan.
HOMOR Malaysia juga berkongsikan video pada laman Facebook rasminya yang menampilkan X9 dan X8. Selain itu, carian bagi nama telefon berkenaan di Google akan membawakan anda ke iklan yang menyenaraikan X9 5G, X8, dan X7 dari hasil carian berkenaan.
Sehingga itu, kita nantikan kehadiran siri HONOR X ke pasaran Malaysia pada 29 Mac 2022 nanti.













