Jam mekanikal tradisional memberi inspirasi kepada rekaan HONOR Watch GS 3. Rekaan bergaya dan elegan dengan kualiti bahan seperti besi tahan karat 316L, jam ini direka untuk memberi keselesaan sepanjang hari dengan hanya berat 44g dan ukuran 10.5mm.
HONOR Watch GS 3 hadir dengan tiga warna: Midnight Black, Ocean Blue, dan Classic Gold.
Dilengkapi dengan modul sensor PPG (Photoplethysmography) lapan saluran yang mengesan isyarat optikal dengan tepat, ditambah dengan AI Heart Rate Monitoring Engine.
Ia menggabungkan pelbagai algoritma untuk menyah bunyi semasa bersenam, HONOR Watch GS 3 juga menambah baik ketepatan fungsi pemantauan kadar jantung.
Menyokong lebih 100 mod senaman, HONOR Watch GS 3 juga menawarkan keupayaan menjejak laluan secara tepat dan manfaat daripada binaan dalaman L1/L5 Dual Frequency GNSS (Global Navigation Satellite System) apabila berlari, berbasikal atau mendaki.