Honor View 20 dilaporkan telah terjual lebih dari 1.5 juta unit oleh Huawei bersempena acara MWC 2019 baru-baru ini. Telefon pintar ini juga menjadi model yang paling laris di China dan di Perancis ianya menjadi telefon pintar terlaris di Amazon bagi kategori bawah €500.
Ciri terbaru yang dikenali sebagai Gaming+ mampu meningkatkan tahap kecekapan tenaga cipset Kirin 980 sehingga 20 peratus. Keupayaan ini mampu dicapai menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang membuat perkiraan kelajuan klok CPU dan GPU terbaik yang diperlukan untuk me’render’ frame yang berikutnya. Ini menjadikan permainan mudah alih dapat dimainkan pada 60fps tanpa perlu menaikkan kelajuan klok seperti cara biasa.
Honor turut juga kini sedang mengorak langkah ke arah kepermainan berasaskan Vulcan. Ini bakal membolehkan rendering HDR dilakukan untuk meningkatkan kualiti imej di dalam permainan.
Untuk itu, Epic Games sedang mengusahakan sokongan Vulcan ke dalam permainan Fortnite tidak berapa lama lagi. Bagi meraikan jalinan usahasama ini, Epic Games turut memberikan cenderhati percuma berbentuk pakaian dalam permainan Fortnite khusus pemilik Honor View 20. untuk Selain Fortnite, beberapa permainan lain seperti Arena of Valor dan QQ Speed turut dilaporkan sedang mengusahakan optimasi melalui mod Gaming+ ini.
Penderia 3D ToF dibahagian belakang View 20 kini sudah boleh digunakan untuk mengimbas tubuh badan pengguna dalam 3D untuk kawalan permainan berasaskan gerakan (motion-controlled). Pada masa akan datang, penderia ini turut boleh digunakan untuk fungsi Realiti Berimbuh (Augmented Reality) pada aplikasi membeli-belah dan juga media sosial.
Sumber berita diperoleh dari Twitter UKHonor













