Huawei secara rasminya mengumumkan cipset mercu terbarunya, Kirin 990 pada Jumaat lalu dan syarikat elektronik ini turut mengesahkan telefon pintar siri Mate 30 merupakan telefon pintar pertama yang menggunakannya.

Terkini, sub-jenamanya Honor turut mendedahkan peranti pertamanya yang bakal menggunakan cipset Kirin 990.

Telefon pintar yang dikatakan berkenaan adalah Honor V30 dan merupakan telefon pintar pertama keluaran Honor yang menggunakan cipset mercu berkenaan yang turut menyokong sambungan 5G.

V30 merupakan nama yang dikhususkan untuk pasaran China dan dijangkakan ianya bakal dikenali sebagai View 30 untuk pasaran lain di rantau-rantau lain.

Sumber berita diperoleh dari NDTV Gadgets

Tinggalkan komentar