Utama Android Honor HONOR dijangka akan melancarkan Telefon Mercu dengan Dua Kamera 200MP

HONOR dijangka akan melancarkan Telefon Mercu dengan Dua Kamera 200MP

137
0

HONOR dijangka akan melancarkan telefon pintar HONOR Magic 8 dan Magic 8 Pro yang dilengkapkan dengan Snapdragon 8 Elite 2 pada Oktober tahun ini. Sama seperti telefon pintar mercu saingan lain, siri Magic 8 ini dijangka akan menawarkan pengalaman fotografi yang mantap. Atas sebab itu, ia bukan sahaja menampilkan sebuah kamera 200MP, malah didakwa akan mempunyai dua buah kamera 200MP.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Fixed Focus Digital di Weibo, HONOR sedang mempersiapkan untuk melancarkan telefon pintar pertama yang menampilkan dwi-kamera 200MP.

Tiada maklumat mengenai nama telefon pintar berkenaan. Namun, ia dikatakan mungkin dinamakan sebagai HONOR Magic 8 Ultra dan bakal menyaingi model mercu “Ultra lain seperti Galaxy S26 Ultra, Xiaomi 16 Ultra, Vivo X300 Ultra, dan Oppo Find X9 Ultra.

Mengambil kira trend semaasa, kemungkinan telefon pintar HONOR dengan dua kamera 200MP ini menampilkan satu kamera utama dan satu lagi kamera berlensa telefoto berperiskop. Beberapa model mercu seperti HONOR Magic 7 RSR Porsche Edition, Vivo X200 Ultra, dan Xiaomi 15 Ultra telah pun menggunakan kamera telefoto berperiskop 200MP yang mampu memberikan keupayaan menghampiri kamera teleskopik dan prestasi baik di dalam keadaaan kurang pencahayaan.

Tumpuan zum berperiskop HONOR di dalam industri bukanlah sesuatu yang asing. Algoritma buatannya sendiri seperti teknologi Super Zoom diketahui mampu memberikan tangkapan gambar jarak jauh yang jitu. Melalui zum digital berkuasa AI dengan 100X dan kejelasan imej yang mengatasi beberapa pesaingnya, naik taraf baharu ini dijangka mampu melangkaui jangkaan lebih jauh.

Ketua Jurutera Pengimejan HONOR, Luo Wei baru-baru ini mengambil maklum tentang desas-desus mengatakan penggunaan sensor 1-inci atau dua lensa bagi setiap sensor untuk kamera-kamera berkenaan. Bagaimanapun, beliau menolak andaian tersebut dan menjelaskan HONOR mengelakkan situasi berlebihan dalam sesuatu perkara dan menumpukan pada inovasi yang praktikal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.