Tidak sampai sebulan selepas Honor Play diumumkan bakal hadir ke pasaran Malaysia, model telefon pintar berkenaan kini hadir dengan edisi khasnya, Honor Play Player Edition.

Selain dari rupa luaran permukaan belakangnya yang kelihatan lebih ‘rugged‘, telefon pintar ini masih lagi sama dari segi spesifikasinya dengan edisi standard. Semuanya dari chipset Kirin 970, RAM 4GB, hinggalah ke storan dalamannya, 64GB.

Kelebihan edisi ini bukan sekadar terletak pada rupa luaran permukaan belakangnya. Bagi pembelian secara atas talian melalui Shopee atau Hihonor, pembeli bakal menerima pengawal permainan mudah alih, Ipega 9087 dan pelekat eksklusif PUBG yang didatangkan di dalam sebuah kotak edisi terhad, selagi stok masih ada.

Honor Play Player Edition boleh didapati bermula dari 7 September ini dengan harga RM1,299. RM50 lebih tinggi jika dibandingkan dengan edisi standard model yang sama.

Tinggalkan komentar