Utama Android Honor HONOR pertontonkan rekaan Magic V Flip2 menjelang pelancarannya di China

HONOR pertontonkan rekaan Magic V Flip2 menjelang pelancarannya di China

64
0

HONOR sedang mempersiapkan pelancaran telefon pintar boleh lipat gaya cengkerang baharunya, Magic V Flip2 di China pada 21 Ogos 2025. Selain mengumumkan tarikh pelancarannya, HONOR turut menunjukkan rekaan telefon pintar berkesinambungan dari Magic V Flip ini.

Magic V Flip2 kelihatan sama seperti model sebelumnya kecuali pada satu perubahan yang amat ketara. Jika Magic V Flip menampilkan dua kamera yang berbeza saiznya, generasi baharu ini mempunyai dua sensor dengan saiz yang sama.

Warnanya pula didatangkan dengan rona warna lavender dengan corak seperti awan. Selain dari model berwarna ungu tersebut, HONOR turut berkongsikan model khas yang direka oleh pereka fesyen terkenal Datuk Jimmy Choo. Versi menampilkan panel belakangnya yang berkilat dan berkilau seperti berjuta bintang di langit malam.

Buat masa ini HONOR tidak mendedahkan spesifikasi telefon pintar boleh lipat berkenaan. Berdasarkan desas-desus, ia mungkin akan menampilkan paparan dalaman 6.8-inci, dan skrin luaran 4-inci. Selain daripada itu, ia juga diakatakan akan menampilkan bateri 5,500mAh dengan pengecasan berwayar 66W atau 80W.

Maklumat tepat mengenainya seperti biasa hanya akan diketahui apabila pengumuman rasminya kelak. Mengambil kira tiada pelancaran siri ini di luar pasaran China pada tahun lepas, kemungkinan besar model pada tahun ini juga tidak akan memasuki Malaysia.

Tinggalkan komentar