Selain memperkenalkan laptop MagicBook Art 14 2025, HONOR Malaysia secara rasminya turut memperkenalkan tablet MagicPad 3.
MagicPad 3 diketengahkan sebagai tablet yang nipis dan ringan. Ia berukuran 5.79mm tebal dan berat 595 gram. Tablet ini juga menampilkan paparan LCD 13.3-inci beresolusi 3,200 x 2,136 piksel, kadar penyegaran semula 165Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Skrinnya ini juga dipadankan sistem lapan pembesar suara yang membolehkannya menyokong kandungan IMAX Enhanced.
Di dalamnya, MagicPad 3 hadir dengan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 16GB, dan storan 512GB. Tablet ini juga mempunyai bateri berkapasiti 12,450mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W selain turut dipertingkatkan kecekapan penggunaan tenaganya melalui cipset HONOR E2.
Turut disediakan kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP di bahagian belakangnya. Manakala di hadapan pula disediakan kamera 9MP. Untuk warnanya ditawarkan pilihan White dan Grey.
Sama seperti laptop yang dilancarkan pada hari ini, HONOR MagicPad 3 tersedia di pasaran bermula dari 22 Ogos 2025 pada harga RM2,999. Ia didatangkan bersama-sama hadiah percuma bernilai RM998 berbentuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Smart Touchpad Keyboard.













