HONOR MagicBook 14 terbaharu ini dibangunkan sebagai komputer riba serba boleh. Ia menjadi komputer riba 14 inci pertama dalam industri menggunakan bateri 75W. Baterinya boleh bertahan untuk main balik video 1080p sehingga 15 jam atau 10.5 jam bagi tujuan kerja. Disokong HONOR SuperCharge 100W, cukup hanya 15 minit pengecasan untuk 3.5 jam kerja, manakala 80 minit untuk bateri dicas penuh. 

Pemproses Generasi ke-12 Intel® Core™ i5-12500H menonjolkan kuasa penuh 70W, sekaligus berupaya menampung perisian permainan serta suntingan profesional. HONOR telah membangunkan kepakarannya sendiri dalam penalaan dan pengoptimum sistem, pada masa sama berjaya mengaplikasi teknologi telefon pintar OS Turbo yang pertama dalam industri dalam pembuatan komputer ribanya.

OS Turbo berfungsi sebagai enjin pengoptimum tenaga sistem untuk sinergi perkakas dan perisian. Hal ini membolehkan pengurusan sumber pendasarnya dioptimumkan, memperuntukkan sumber-sumber pengkomputeran untuk kegunaan pelbagai keadaan, sehingga mencapai pengurangan kuasa sehingga 20.8% berbanding pendahulunya dan menambah baik jangka hayat bateri MagicBook 14.

Dari segi estetik, HONOR MagicBook 14 dihasilkan menggunakan aluminium gred pesawat udara dan bercirikan Paparan FullView HONOR 2.1K 14 inci, memberi kelebihan kepada pengguna dengan pemandangan 100% sRGB.

Skrin dengan ciri perlindungan mata

Melengkapkan lagi MagicBook dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free, memastikan penglihatan lebih selamat dengan perlindungan mata cahaya biru rendah dan pemandangan bebas kerlipan.

HONOR Connect menambahkan lagi kelebihan HONOR dalam menghubungkan peranti-perantinya dengan mudah. Dengan ciri baharu HONOR Device Clone, pemindahan data boleh dilakukan daripada peranti lama kepada HONOR MagicBook 14 dengan mudah tanpa perlu bimbang kehilangan fail kerja. HONOR Share yang dahulunya digunakan oleh telefon pintar HONOR, kini juga boleh digunakan untuk komputer riba dan tablet, memudahkan proses pemindahan untuk pengguna dan menghubungkan peranti-peranti HONOR.

Harga HONOR MagicBook 14 di Malaysia

HONOR MagicBook 14 hadir dalam versi kad grafik dedikasi NVIDIA® GeForce® RTX 2050 dan berharga RM 5,099 manakala kad grafik berintegrasi Intel® Iris® Xe berharga RM 4,299, menjadikan prestasinya sesuai mengikut kehendak pengguna yang berbeza-beza.

Jualan HONOR MagicBook bermula mulai 27 Ogos untuk medapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,026 termasuk Beg galas HONOR, Sarung Kulit Komputer Riba HONOR, Tetikus Wayarles dan Microsoft Office Home & Student 2021.

Produk

 

 

 

Harga

 

 

Hadiah Percuma
Pra-Tempahan

18 hingga 26 Ogos 2022

Jualan Pertama Bermula

27 Ogos 2022 

HONOR MagicBook 14

Intel® Iris® Xe

16GB+512GB

RM4,299 Tiada ·        Beg Galas HONOR

·        Tetikus Bluetooth Tanpa Wayar

·        Sarung Kulit Komputer Riba HONOR

·        Microsoft Office Home & Student 2021

HONOR MagicBook 14

RTX2050

16GB+512GB

RM5,099 Tiada ·        Beg Galas HONOR

·        Tetikus Bluetooth Tanpa Wayar

·        Sarung Kulit Komputer Riba HONOR

·        Microsoft Office Home & Student 2021

Untuk berita terkini tentang HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 boleh layari atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia. 

Tinggalkan komentar