HONOR Malaysia sebelum ini mengacah pelancaran MagicPad 3, yang dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos. Kini, HONOR menyatakan turut akan melancarkan MagicBook Art 14 pada tarikh yang sama.
Berbeza dengan tabletnya, HONOR tidak begitu banyak berkongsikan spesifikasi MagicBook Art 14 ini sebelum pelancarannya. Malah, hanya sebahagian maklumat sahaja dikongsikan seperti kamera web boleh dilekapkan secara magnetik yang pernah hadir pada model sebelumnya.
Menurut HONOR, MagicBook Art 14 juga akan didatangkan dengan varian warna yang diinspirasikan oleh “Colour Of the Year 2025“. Ia mungkin merujuk kepada warna pilihan Pantone untuk tahun ini, 17-1230 Mocha Mousse.
Pastinya maklumat keseluruhan maklumat spesifikasi HONOR MagicBook Art 14 dijangka akan diumumkan pada pelancarannya 20 Ogos 2025, bersama-sama dengan pengumuman MagicPad 3.