Menjelang pelancaran yang dijangka pada Oktober ini, HONOR telah berkongsikan maklumat baharu mengenai siri Magic8 yang akan datang. Siri telefon pintar mercu ini akan menawarkan perkakasan berkuasa menggunakan AI untuk memberikan prestasi optimum apabila diperlukan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR James Li di dalam hantarannya di Weibo, siri Magic8 akan menggunakan MagicOS 10 dengan model bahasa raya MagicGUI terkini.
MagicOS 10 akan menawarkan integrasi AI lebih mendalam yang mampu mengautomasikan sejumlah tugasan. Dalam pada masa yang sama, siri Magic8 juga akan membawakan integrasi ekosistem yang dipertingkatkan.
Seorang pengguna di Weibo juga telah berkongsikan imej telefon pintar siri Magic8 ini dengan menunjukkan butang baharu yang dijangka untuk tujuan fungsi AI sahaja. Pentiris maklumat berkenaan juga menyatakan sisi telefon pintar mercu HONOR berkenaan sama dengan iPhone 17.













