HONOR Malaysia sebelum ini menyatakan Magic V5 akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Kini tarikh spesifik pelancarannya telah pun diumumkan. Selain itu, beberapa maklumat mengenai telefon pintar boleh lipat baharu ini juga diumumkan.

Ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 5,820mAh bersama-sama sokongan pengecasan berwayar 66W, dan niwayar 50W. Ia didatangkan bersama-sama cip HONOR E2 untuk tujuan kecekapan tenaga yang dijamin tahan sehari suntuk tanpa menjejaskan prestasi. Ciri nipisnya juga diketengahkan yang menghampiri ketebalan duit syiling 50 sen.

Kamera-kamera telefon pintar ini juga diumumkan secara rasmi menjelang pelancarannya yang salah satunya menampilkan kamera telefoto berperiskop 64MP. Turut disediakan, sejumlah ciri-ciri AI dari zum secara digital hinggalah ke alatan suntingan. Penarafan kerintangan IP59 juga diberikan, seterusnya menjadikan telefon pintar boleh lipat yang paling tinggi taraf kerintangannya.

Lebih banyak maklumat mengenai HONOR Magic V5 dijangka akan diumumkan menjelang pelancaran rasminya pada 15 Julai ini yang akan distrimkan secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 2 petang.

Tinggalkan komentar