Utama Android Honor HONOR Magic 8 dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober – Disember

HONOR Magic 8 dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober – Disember

98
0
Siri HONOR Magic 7 - Gambar Sekadar Hiasan

Siri HONOR Magic 8 dijangka akan dilancarkan sekitar suku tahunan keempat 2025 (Oktober – Disember) menurut Ketua Pegawai Pemasaran HONOR Guo Rui. Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di dalam platform berbahasa Cina Weibo.

Ura-ura sebelum ini menyatakan telefon pintar baharu berkenaan akan mempunyai butang AI khasnya sendiri. Fungsi tersebut masih lagi belum diumumkan secara rasmi, namun Ketua Pegawai Eksekutif HONOR James Li memaklumkan MagicOS 10 akan mempunyai integrasi mendalam AI dan mampu mengautomasikan banyak tugasan. Ia juga dikatakan akan mempunyai model bahasa raya (LLM) terkini.

Walaupun tiada tarikh spesifik pelancaran HONOR Magic 8 setakat ini secara rasminya, terdapat khabar angin yang mendakwa pelancarannya sekitar pertengahan Oktober ini. Ia sedikit awal berbanding siri Magic 7 yang diumumkan pada penghujung Oktober 2024.

Siri telefon pintar Magic 7 tidak diperkenalkan sekali gus. Model seperti RSR Porsche Design diumumkan beberapa bulan kemudian. Dijangkakan untuk tahun ini HONOR Magic 8 dan HONOR Magic 8 Pro akan dilancarkan pada suku tahunan keempat dengan model-model lain mungkin pada awal 2026 nanti.

Tinggalkan komentar