Telefon pintar HONOR semakin hampir menguasai pasaran utama China apabila menduduki tempat kedua carta jualan terlaris pada suku pertama tahun ini. Menurut penyedia khidmat nasihat telefon pintar CINNO Reserach, jualan HONOR meningkat 176%, terima kasih kepada 3 model HONOR yang berjaya menduduki carta 10 produk single teratas sekaligus menaikkan jualan HONOR.
Selepas dapat berdiri sendiri, HONOR berbangga dengan pencapaiannya sehingga berjaya mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua teratas pada tahun suku pertama dalam tempoh yang singkat, membuktikan betapa HONOR serius bersaing dalam pasaran industrii
HONOR dalam perjalanannya meneroka telefon pintar premium
Tahun 2022 membawa tuah kepada HONOR dalam menerokai dunia pasaran telefon pintar premium. Selepas pelancaran Siri HONOR Magic4 di MWC 2022, model ini kini didapati di stor-stor China dan menjadi bualan hangat sebagai pilihan terbaik bagi pengguna Android. Ini membuktikan produk strategi dan penjenamaan imej HONOR membuahkan hasil, dan memuaskan hati pengguna di China.
HONOR Magic4 Pro menampilkan ciri-ciri rekaan simetrikal HONOR yang ikonik iaitu “Eye of Muse”, ditambah dengan Paparan LTPO 1920Hz yang pertama didunia dan dilengkapi dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G untuk pengalaman laju ultra. Peminat juga teruja dengan kembalinya Google Mobile Services yang memberikan kemudahan akses yang efisien.
Apa langkah seterusnya bagi HONOR Malaysia?
Selepas pelancaran Siri HONOR X sehingga hujung Mac lalu, HONOR Malaysia menerima permintaan yang memberangsangkan dan mengesahkan kedatangan HONOR Magic4 Pro ke negara ini dengan pengumumannya yang akan dimaklumkan tidak lama lagi! Kepada peminat yang tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya bolehlah melayari laman sesawang rasmi untuk melanggan dan tidak ketinggalan dengan maklumat terkini tentang HONOR Magic4 Pro! Pastikan anda tida ketinggalan!
Maklumat lanjut, layari https://www.hihonor.com/my/offer/activity/
Editorial dari HONOR Malaysia













