Utama Android Honor HONOR Bakal Lancar Kedai Experience and Pusat Servis Terbesar Luar Negara di...

HONOR Bakal Lancar Kedai Experience and Pusat Servis Terbesar Luar Negara di Johor Bahru

91
0

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 – HONOR melakar satu lagi pencapaian penting di Malaysia dengan pembukaan Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar di luar negara, bertempat di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Kedai flagship dengan keluasan 2,000 kaki persegi ini akan dilancar secara rasmi pada 26 Julai. Dengan pembukaan tersebut, kedai ini akan menjadi destinasi premium yang mengabungkan jualan produk, khidmat pasca jualan dan pengalaman produk.

Sempena pembukaan rasmi ini, seramai 200 pelanggan pertama yang menyukai dan kongsi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta memberikan ulasan di Google untuk kedai baharu tersebut pada 26 Julai berpeluang memenangi sebuah pembersih robot. Sebagai tambahan, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit sehingga 27 Julai ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM40,000.

Ruang Flagship Untuk Alami Teknologi Terbaik HONOR

Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis baharu ini lebih daripada sekadar ruang jualan kerana menawarkan pengalaman yang lengkap. Terdapat ruang khas untuk pelanggan meneroka produk-produk terkini, barangan eksklusif HONOR dan rangkaian peranti dalam ekosistem HONOR. Tumpuan di kedai ini sudah tentu telefon boleh lipat HONOR Magic V5 yang baharu dilancarkan.

Di ruang produk interaktif, pelanggan boleh menyaksikan HONOR Magic V5 terapung di udara disebabkan badannya yang ultra nipis dan ringan. Demonstrasi lain termasuk bendalir bukan Newton yang merupakan salah satu daripada tiga lapisan pelindung skrin dalaman HONOR Magic V5. Pelanggan boleh menumbuk bendalir tersebut dan alami sendiri ia mengeras dengan serta-merta. Turut dipamerkan adalah HONOR Magic V5 menggantungkan ‘dumbbell’ seberat 35kg, menunjukkan engsel peranti ini sangat kukuh. 

Terdapat juga ruang paparan buka-pasang untuk pelanggan memahami kejuruteraan di sebalik komponen dalaman peranti boleh lipat tersebut. Ia juga mempamerkan bateri karbon silikon peranti tersebut yang bersaiz nipis dan keseluruhan rangka, sesuai dengan slogan ‘Nipis Tanpa Kompromi’.

HONOR Magic V5 Mencatat Rekod Dengan 60% Peningkatan Jualan Semasa Pratempahan  

Sejak pratempahan bermula 15 Julai lalu, HONOR Magic V5 telah mencatat 60% peningkatan jumlah jualan berbanding model terdahulu, HONOR Magic V3, sekaligus mencipta rekod baharu dalam kategori telefon boleh lipat HONOR. Pencapaian ini menunjukkan permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap telefon boleh lipat yang menggabungkan reka bentuk ultra nipis dengan prestasi mantap seperti kamera bertaraf flagship, jangka hayat bateri lebih lama serta fungsi multitugas AI.

Jualan Rasmi Seluruh Negara Bermula 25 Julai! 

HONOR Magic V5 mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula 25 Julai 2025, dengan harga runcit bernilai RM6,999. Peranti ini didatangkan dengan RAM 16GB dan storan 512GB dalam empat warna premium iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black.

Pelanggan pasti teruja untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai RM2,697 yang terdiri daripada fon putik HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Keretakan Tanpa Bimbang 1 Tahun, dan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang 2 Tahun. Lebih menarik, pelanggan boleh menukar peranti lama mereka dan mendapat rebat tambahan RM400 apabila membeli HONOR Magic V5. Program tukar beli ini akan berakhir pada 31 Ogos 2025 dan tersedia di kedai Maxis, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic, dan Harvey Norman terpilih.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

Tinggalkan komentar