KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2025 – Siap sedia untuk hujung minggu yang meriah dengan pembukaan rasmi kedai HONOR Experience Store yang dinaik taraf di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 17 Oktober ini! Acara ini bukan sekadar pembukaan kedai biasa, tetapi meraikan inovasi secara besar-besaran. Orang ramai dipelawa untuk mencuba sendiri teknologi terkini HONOR, menyertai cabutan bertuah, serta menyaksikan persembahan kebudayaan yang meriah.
Sebanyak 250 Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Pembeli Produk HONOR
Bagi meraikan pelancaran, HONOR akan menyediakan 250 hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang berbelanja RM999 dan ke atas di kedai baharu tersebut dari 13 hingga 20 Oktober 2025.
Antara hadiah menarik seperti peranti premium HONOR MagicBook Art 14, MagicPad 3, Pad 10 WiFi, pembersih robot HONOR CHOICE, beg pakaian HONOR, dan banyak lagi! Lebih menarik, pelanggan yang membeli telefon pintar Siri HONOR Magic dan X9d 5G dapat menggandakan peluang kemenangan mereka dengan menerima dua penyertaan cabutan bertuah bagi setiap resit. Cabutan hadiah akan diadakan secara langsung di kedai tersebut dari 17 hingga 20 Oktober 2025.
Dapatkan Kotak Misteri dengan Melengkapkan 5 Aktiviti Menarik
Sebagai sebahagian daripada pembukaan rasmi pada Jumaat ini, seramai 200 pelanggan terawal disajikan dengan biskut dan minuman percuma. Selain itu, mereka boleh membawa pulang kotak misteri eksklusif apabila melengkapkan aktiviti di lima zon pengalaman.
Bagi mereka yang terlepas jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong minggu lalu, inilah peluang untuk menyaksikan ketahanan peranti yang tiada tandingan ini. Pelanggan boleh melihat ujian ketahanan bateri 8,300mAh hinggalah ke demonstrasi tembakan Stapler Gun dan mesin basuh untuk membuktikan ketahanan luar biasanya. Pelanggan juga boleh bergambar di zon swafoto akuarium yang menempatkan HONOR X9d 5G bagi membuktikan ia masih berfungsi dengan sempurna walaupun di dalam air!
Keseronokan diteruskan dengan dua lagi demonstrasi produk berkuasa untuk memudahkan kehidupan digital pengguna. Di AI Corner, pelanggan boleh mencuba sendiri ciri-ciri AI hebat pada HONOR Magic V5 secara langsung. Di sini, pelanggan boleh belajar bagaimana keupayaan pintar ini boleh mengubah aliran kerja mereka, daripada penyuntingan foto pintar yang canggih kepada produktiviti yang lancar dan mudah.
Seterusnya, alami kesambungan sebenar di Cross OS Zone dengan ciri HONOR Connect yang inovatif akan menunjukkan cara memindahkan fail merentasi telefon, tablet dan komputer riba HONOR ke peranti Apple, mewujudkan ekosistem bersepadu yang memberi manfaat kepada pengguna Android dan iOS.
Sama ada anda ingin menaik taraf telefon pintar atau sekadar ingin melihat sendiri peranti terkini HONOR, jangan lupa sertai kemeriahan pembukaan besar HONOR Experience Store di Mid Valley Megamall pada Jumaat ini. Nantikan persembahan kebudayaan penuh warna-warni termasuk tarian Zapin dan Joget, tarian singa dan naga, serta lukisan henna. Inilah sambutan yang tidak boleh lepaskan oleh para pelanggan!
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.













