HONOR Earbuds 3 Pro menampilkan rekaan ergonomik yang sangat ringan dan selesa untuk dipakai. Dilengkapi dengan Coaxial Dual-Driver Design Super-Amplitude Driver & Piezoelectric Ceramic Tweeter pertama dunia yang menghasilkan bunyi yang sedap didengar serta bes yang rancak.

Teknologi Adpative Active Noise Cancelling (Adaptive ANC) dan penghubung yang dipertingkatkan dapat membenarkan pengguna menikmati muzik yang mengasyikkan dan bunyi yang lebih dalam semasa bermain game atau panggilan.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan endemik, maka disiplin kendiri dan pemantauan suhu sangat penting untuk mengekalkan keselamatan komuniti.

HONOR Earbuds 3 Pro merupakan yang pertama dalam industri hadir dengan teknologi pemantauan suhu AI. Hanya tiga kali sentuhan dan anda akan mendapat data suhu dengan mudah.

Hadir dengan case pengecas laju 5C, hanya 5 minit mengecas diperlukan untuk menikmati muzik selama 2 jam. Fungsi pengecasan tanpa wayar juga boleh tersedia dan anda boleh menikmati pengecasan terbalik tanpa wayar dengan HONOR Magic4 Pro.

Tinggalkan komentar