KUALA LUMPUR, 4 Februari 2026 – Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global, HONOR hari ini meraikan ulang tahun kelima di Malaysia dengan penghargaan kepada pengguna yang memainkan peranan penting dalam kejayaanya menduduki tangga teratas pegangan pasaran telefon pintar tempatan.

Pencapaian ini diraikan di majlis HONOR of Malaysia 5th Anniversary Gala yang menghimpunkan pengguna setia HONOR, peminat, rakan kongsi, jurugambar dan pelajar. Majlis ini turut menegaskan kepercayaan HONOR bahawa kejayaannya dibina seiring dengan sokongan pengguna Malaysia dalam landskap teknologi yang sangat kompetitif.

Gala tersebut mengiktiraf pengguna yang memberi sokongan dan penglibatan berterusan mereka kepada pertumbuhan HONOR sejak awal kemunculannya di Malaysia. Individu cemerlang diraikan menerusi lapan kategori anugerah, mencerminkan peranan mereka dalam membentuk pembangunan produk, memperkukuh ekosistem HONOR serta menyumbang secara positif kepada komuniti yang lebih luas.

Meraikan Perjalanan Lima Tahun HONOR ke Arah Kepimpinan Pasaran di Gala Penghargaan Pengguna

Pencapaian HONOR sebagai telefon pintar dan tablet No. 1 dalam pegangan pasaran berdasarkan jualan kepada pengguna pada S4 2025 menandakan kemuncak perjalanan lima tahun yang luar biasa, didorong oleh ketahanan dan kepercayaan pengguna. Ini hasil langsung daripada inovasi berterusan HONOR serta sokongan padu komuniti tempatan.

Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li berkata perjalanan tersebut penuh cabaran namun membuahkan kejayaan kerana HONOR kekal berteraskan pengguna, seolah-olah mencapai kemajuan sedekad dalam hanya lima tahun. “Hari ini amat bermakna kerana HONOR telah menjadi ‘Pilihan Utama Rakyat Malaysia’. Kami amat berterima kasih kepada komuniti yang terus berdiri teguh bersama kami, berkongsi produk dan falsafah kami dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Li turut menekankan bahawa kestabilan dan daya tahan produk HONOR ialah hasil penciptaan bersama rakyat Malaysia. Ekosistem HONOR bukan dibangunkan semata-mata di makmal, sebaliknya diperkemas melalui ujian dunia nyata serta maklum balas pengguna Beta tempatan, jurugambar dan pelajar. Anugerah hari ini diberikan bagi menghargai para penyumbang penting ini, yang berkongsi pandangan mereka lalu memastikan teknologi HONOR terus memenuhi keperluan khusus para pengguna.

Pelancaran HONOR of Malaysia Awards Project: Menyokong Rakyat Malaysia Luar Biasa melalui Teknologi

Sempena malam gala, HONOR turut mengumumkan ‘HONOR of Malaysia Awards Project’, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat jangka panjang untuk mengiktiraf rakyat Malaysia biasa yang telah menumpukan kehidupan mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen HONOR untuk menyumbang secara bermakna kepada Malaysia ketika negara melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Pelancaran projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, bersama Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li.

Sebagai fasa sulung program ini, HONOR bersama rakan media telah mengiktiraf tiga individu sebagai penerima anugerah ‘HONOR of Malaysia’, iaitu Mohd Adli Yahya, Cikgu Prakash dan Mak Jah. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan, mantan Duta Besar Malaysia ke China (1998–2006).

“Seiring dengan perkembangan berterusan HONOR di Malaysia, kami mahu mengakar lebih kukuh dan beralih daripada jenama pilihan rakyat Malaysia kepada tonggak masyarakat. Menerusi visi ‘HONOR of Malaysia’, kami mahu menyokong wira tidak didendang yang memberikan sumbangan besar secara senyap kepada komuniti,” kata Li.

Wira Tidak Didendang Negara: Mengubah Kehidupan dengan Tekad dan Tujuan

Mohd Adli Yahya ialah pengasas Autism Cafe Project (ACP). Beliau menubuhkan inisiatif ini pada 2016 bagi menyediakan masa depan yang lebih baik untuk anak lelaki dan individu autistik lain. Sehingga kini, ACP telah menyokong lebih 100 individu autistik dengan menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembangunan kemahiran, berdikari dan peluang pekerjaan inklusif, di samping memberi inspirasi kepada keluarga yang mempunyai ahli autistik di seluruh negara.

Prakash Surriyamurthy atau lebih dikenali sebagai Cikgu Prakash, ialah guru tuisyen sepenuh masa yang berulang-alik menaiki kereta api di sekitar Lembah Klang untuk mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah kepada pelajar sekolah menengah sejak 16 tahun lalu. Walaupun mengalami cacat penglihatan, dedikasi terhadap pendidikan dan komitmen teguh kepada pelajarnya terus menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Siti Normala Adrus, atau Mak Jah, mengusahakan gerai makanan sederhana yang menawarkan nasi campur RM3 serta menyediakan makanan percuma untuk pelajar pada setiap Selasa sebagai memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Berteraskan sifat ihsan, bukan keuntungan, Mak Jah memastikan makanan berkhasiat terus dapat dinikmati oleh komuniti berpendapatan rendah dan menjadi tonggak sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Promosi Malaysia melalui Jelajah Fotografi Kebangsaan dan Pameran Global 2026

Bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), HONOR akan melancarkan Jelajah Fotografi Kebangsaan menampilkan landskap Malaysia, warisan budaya serta kisah harian menerusi fotografi mudah alih. Program ini menggalakkan jurugambar meneroka destinasi popular, menyertai bengkel serta aktiviti setempat. Hasil karya terpilih akan dipamerkan di peringkat antarabangsa sempena Pameran Global HONOR 2026. Penyertaan akan dibuka tidak lama lagi. Nantikan pengumuman di halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Ketika HONOR melangkah ke fasa baharu di Malaysia, ia kekal fokus untuk membina pengalaman teknologi yang bermakna bersama para pengguna sambil menyumbang secara positif kepada komuniti yang disokongnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Senarai Penerima Anugerah Ulang Tahun Ke-5 HONOR of Malaysia:

Katergori Anugerah Penerima
Super Supporter Award  Wira Hidayat 

Kenny Khor 

Carro Technology Sdn Bhd

Layar Education Development Committee

Tough Love Award Teh Eng Kee (Viral throw HONOR X9 on floor) 

Haru (HONOR X9d drop from 10th floor)

Engku Irfan Fathurrahman (HONOR X9c submerge in flood) 

Tech Consultant King Marc Yeo

Alan Ong

Jeff Chang

Future Star Award Kak Cik Yah 

Merari Hew

Syaidatina Fanny Sazwiza Mohd Jain

Beta Excellence Award Yap Jian Hong

Tan Kae Meng

Dr. Mohd Fahim

Reshman Raam

Syazwan Asyraf bin Yusof

Cheng Yong Xian

Desmond Koay

Darren Ang

Next Talent Award
  1. Teoh Ru Yi (ATEC College)
  2. Ch’ng Jie Xun (The One Academy)
  3. Sylvia Phang Shin Chin
  4. Natania Joylynn Wu (The One Academy)
  5. Lam Xin Qi (The One Academy)
  6. Chew Ke Tian (ATEC College)
  7. Cecilia Siew Mun Jern (Malaysian Institute of Art)
  8. Aisyah Alya Kamarulzamri (UiTM)
  9. Ying Hui Ng (The One Academy)
  10. Wong Jiun Hau (Era Technology Communication Art & Design))
  11. Ezza Nafeesa Binti Azman (MMU Cyberjaya)
  12. Wong Li Xuan (Taylor’s University)
  13. Lingom Gunalan (USM)
  14. Izzah Hannah Binti Pauzan (UiTM)
  15. Abhay Singh Manhas (The One Academy)
  16. Carmen Tan Xiao Wen (Dasein Academy of Art) 
  17. Amanda Lim
  18. Loo Mary (Era Technology Communication Art & Design)
  19. Yee Tian Yen (The One Academy)
  20. Isma Fatini Hashan Aladi (UPSI)
  21. Nor Marlina Mukhtar
  22. Chow Wen Xuen
  23. Nur Zalikha Izzati Mohd Razaman
  24. Khor An Chee
  25. Wong Dong Kuay
  26. Kam Sam Yee
  27. Sia Xing En
  28. Gabriella Christophera
  29. Steven Setiawan Djorgi
  30. Lee Yong Le
  31. Princieka Hendra
  32. Ngui Yi Tung
  33. Liew Yu Min
Photographer of the Year Nazer Noor

Kenji Ooi

Azmi Han

Kelvin Pudun Dennis

Muhd Fuad

Azhar Rasid

Fahmie Izwan

Saiful Sam

Mohmad Nahari Naha

Khalis Azizi

HONOR of Malaysia Award Mr. Adli

Cikgu Prakash 

Mak Jah

Tinggalkan komentar