KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2025 – HONOR terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju inovasi global apabila berjaya meraih dua kategori dalam senarai Anugerah Ciptaan Terbaik TIME 2025.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan HONOR terhadap inovasi serta usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). HONOR turut mencatat sejarah sebagai satu-satunya jenama yang menerima lebih daripada satu pengiktirafan bagi inovasi telefon pintar. Dua inovasi tersebut ialah
Pengesanan AI Deepfake Dalam Peranti HONOR (HONOR On-device AI Deepfake Detection) dan Bateri Karbon Silikon HONOR (HONOR Silicon-carbon Battery).
Privasi & Keselamatan – Pengesanan AI Deepfake dalam Peranti HONOR
Inovasi ini dibangunkan untuk menangani peningkatan ancaman atas talian dengan menampilkan pengesan deepfake terbina dalam setiap telefon pintarnya. Alat ini boleh membantu mengimbas panggilan video dalam peranti tersebut untuk mengesan tanda-tanda deepfake seperti kerosakan bingkai atau pergerakan wajah yang kelihatan aneh, memendekkan masa serta mengelakkan daripada risiko kebocoran data.
TIME menekankan kepentingan ciri perintis ini, menggambarkannya sebagai ‘perlindungan pertama seumpamanya.’ Presiden MagicOS di HONOR, Jianfa Sun berkata, “inovasi ini mengalihkan beban pengesanan daripada pengguna kepada peranti, membolehkan semua orang menempuh era AI yang kompleks dengan penuh keyakinan dan selamat.” Pengesanan AI Deepfake Dalam Peranti ini merupakan contoh utama fokus jenama tersebut dalam menggunakan AI untuk memberikan keselamatan dan perlindungan yang bermakna kepada pengguna.
Pengilangan & Bahan – Bateri Karbon Silikon HONOR
Anugerah ini mengiktiraf kejayaan besar HONOR dalam teknologi bateri, yang berjaya mengatasi had ketumpatan litium-ion tradisional. Kejayaan ini membolehkan peranti boleh lipat direka dengan lebih nipis dan memiliki jangka hayat yang lebih panjang. TIME memuji kejayaan tersebut dengan menyatakan, “Reka bentuk bateri baharu HONOR membolehkan mereka memuatkan banyak bahan di samping melanjutkan hayat bateri.” Bateri Karbon Silikon terbaharu HONOR yang mengandungi 25% silikon hanya setebal 2.3mm dengan kapasiti 6,100mAh. Bateri ini telah diperkenalkan buat pertama kali menerusi HONOR Magic V5.
Pengiktirafan berganda HONOR dalam anugerah berprestij TIME ini mengesahkan pelaburan besar syarikat itu dalam penyelidikan dan pembangunan, serta peralihan strategiknya ke arah ekosistem berasaskan AI, sekali gus mengukuhkan kedudukan HONOR sebagai peneraju inovasi utama dalam industri telefon pintar global.
Lihat SINI untuk senarai penuh para pemenang Anugerah Ciptaan Terbaik TIME 2025.













