Siri telefon pintar HONOR 90 secara rasminya akan memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi. Minggu lepas, HONOR telah memperkenalkan HONOR 90 dan HONOR 90 Lite ke pasaran global. Dijangkakan kedua-dua model berkenaan akan tiba di Malaysia pada 20 Julai lagi kerana turut diketengahkan di dalam halaman acaranya.

Model standard telefon pintar ini menampilkan paparan skrin AMOLED 6.7-inci beresolusi 1.5K, kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1,600 nits. Ia menggunakan pemprosesan Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan 66W.

Di belakangnya disediakan sebuah kamera utama 200MP yang bergandingan dengan kamera ultra lebar 12MP yang juga boleh menjadi lensa makro, serta sensor kedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya pula ditempatkan sebuah kamera 50MP. Untuk ketersambungannya pula, telefon pintar ini menyokong 5G, Wi-Fi 6, NFC dan Bluetooth 5.2.

HONOR 90 Lite
HONOR 90 Lite

Bagi model HONOR 90 Lite pula, ia dilengkapkan dengan paparan skrin LCD 6.7-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Telefon pintar yang menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6020 ini turut menyokong 5G, Bluetooth 5.3 dan NFC. Namun tidak menyokong Wi-Fi 6.

Kameranya pula tidaklah segah model standard kerana menawarkan satu kamera utama 100Mp, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Tidak ketinggalan kamera hadapan 16MP.

Telefon pintar model Lite ini juga dilengkapkan dengan bateri berkapsiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 22.5W.

Tinggalkan komentar