Selepas pelancaran siri HONOR 70 pada Mei lalu, desas-desus mengenai HONOR 80 kini telah mula kedengaran. Siri baharu ini dijangka akan hadir dengan tiga model iaitu HONOR 80, 80 Pro dan 80 Pro+.

Berdasarkan maklumat tertiris yang terkini, HONOR 80 Pro+ didakwa mungkin akan dilengkapkan dengan Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB, kamera 200MP, pengecasan 100W dan banyak lagi.

Menurut pentiris dari China berkenaan, Digital Chat Station menyatakan peranti HONOR baharu tersebut akan hadir dengan paparan AMOLED 1.5K. Skrinnya juga dikatakan mungkin akan hadir dengan bucu yang melengkung. Pun begitu, tiada maklumat mengenai kapasiti baterinya setakat ini.

Selain HONOR 80 Pro+, khabar angin mengenai HONOR 80 dan HONOR 80 Pro juga telah mula tersebar di internet. Kedua-dua model telefon pintar berkenaan dijangka masing-masing akan hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 1080 dan Snapdragon 778G.

Mei lalu, HONOR telah melancarkan 70 Pro+ yang didatangkan dengan cipset Dimensity 9100 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 256GB. Paparannya yang berukuran 6.78-inci menawarkan resolusi QHD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Melalui tetapan tri-kamera pada sebelah belakangnya, HONOR 70 Pro+ menampilkan sebuah kamera utama Sony IMX800 54MP. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 4,600mAH yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Tinggalkan komentar