Utama Android Honor HONOR 60 akan dilancarkan pada 1 Disember ini

HONOR 60 akan dilancarkan pada 1 Disember ini

Hadir ke pasaran tidak sampai setahun selepas HONOR 50 dilancarkan

35
0

HONOR telah mendedahkan menerusi Weibo mengenai pelancaran siri HONOR 60, kesinambungan dari HONOR 50. Siri telefon pintar baharu ini akan dilancarkan pada 1 Disember di China dengan tema ‘malam disinari bintang’.

Perincian mengenai telefon pintar baharu masih lagi belum didedahkan buat masa ini. Namun ia dikatakan telah ditiriskan oleh WHYLAB yang sebelum itu telah mendedahkan poster bagi telefon berkenaan.

Jika maklumat tertiris tersebut tepat, HONOR 60 dijangka akan mengekalkan rekaan kamera ‘dwi-cincin’ dan sokongan 5G seperti yang terdapat pada HONOR 50.

Berdasarkan video dari Weibo, didapati HONOR 60 akan mengekalkan paparan melengkung seperti model sebelumnya. Turut kelihatan bicu audio dan satu pembesar suara pada sebelah bawahnya.

Ketika HONOR 50 dilancarkan dulu, terdapat tiga varian ditawarkan iaitu HONOR 50 standard, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 SE. Boleh jadi, HONOR 50 juga akan menawarkan dengan variasa sebegitu juga kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.