Hisense telah melancarkan TV 4K RGB-MiniLED 116-inci baharu untuk pasaran Malaysia dan ia dikatakan pertama seumpamanya di dunia. Sesuai dengan saiznya yang besar, TV ini mempunyai kecerahan puncak 8,000 nits, kadar penyegaran semula 165Hz dan liputan warna standard 95% BT.2020.

Meningkatkan lagi pengalaman tontonan, ia juga disokong dengan Hi-View AI Engine X untuk pengoptimasian imej, bunyi dan tetapan yang lebih baik dalam masa nyata. Turut diperkenalkan, sistem bunyi CineStage X Surround 6.2.2 yang menurut Hisense dibangunkan dengan kerjasama dengan Opera de Paris.

Bersama-sama dengan pelancaran televisyen ini, sebuah projektor baharu Hisense 4K Laser Cinema PT1 juga diperkenalkan. Versi yang kecil sedikit berbanding PX3-Pro yang dilancarkan hujung tahun lepas ini mampu memancarkan paparan dari 80 inci hingga 150 inci dan dilengkapkan dengan sistem bunyi Dolby Atmos terbina dalam. Ia dikuasakan oleh teknologi RGB Triple Colour Laser dan menerima penarafan IMAX Enhanced.

Hisense juga memperkenalkan TV QLED Q7Q dan Q6Q yang kedua-duanya didatangkan dengan pilihan saiz 55-, 65-, 75- dan 85-inci, sokongan Dolby Vision dan Quantum Dot Colour, serta naik skala 4K AI. Hanya model TV QLED Q7Q sahaja yang menyokong kadar penyegaran semula 144Hz dan HDMI 2.1.

Tambah Hisense lagi, semua produk yang dilancarkan pada hari ini sudah tersedia di pasaran. Anda boleh mendapatkannya di Shopee dan Lazada pada harga seperti tertera:

Produk Harga
Hisense TV 4K RGB-MiniLED UX 116” RM99,999
Hisense 4K Laser Cinema PT1 100” RM24,999
Hisense QLED TV Q7Q Series 55” RM2,899
Hisense QLED TV Q7Q Series 65” RM4,399
Hisense QLED TV Q7Q Series 75” RM6,499
Hisense QLED TV Q7Q Series 85” RM9,399
Hisense QLED TV Q6Q Series 55” RM2,399
Hisense QLED TV Q6Q Series 65” RM3,499
Hisense QLED TV Q6Q Series 75” RM5,299
Hisense QLED TV Q6Q Series 85” RM7,999
Hisense R32 Inverter Air Conditioner (VAGS) (1HP) RM3,099
Hisense R32 Inverter Air Conditioner (VAGS) (1.5HP) RM3,699

 

Tinggalkan komentar