Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 – Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, Hisense Malaysia hari ini melancarkan kempen akhir tahun “Innovating A Brighter Life”.

Kempen ini menawarkan peluang kepada pengguna di Malaysia untuk menaik taraf kediaman mereka dengan produk berteknologi terkini sambil menikmati ganjaran eksklusif. Promosi ini akan berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2025 di semua kedai pengedar sah Hisense di seluruh negara.​

Melalui kempen ini, pelanggan yang membeli produk terpilih Hisense akan menerima hadiah eksklusif seperti kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM5,000, bar bunyi (soundbar) Hisense, dan set peralatan memasak Color King, bergantung pada model yang dibeli.

Tempoh penebusan hadiah dibuka sehingga 31 Januari 2026, dan penebusan akan diproses berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada. Pelanggan juga perlu mendaftar waranti produk mereka secara dalam talian untuk pengesahan kelayakan.​

Promosi pelbagai Produk

Antara produk yang terlibat dalam promosi ini merangkumi pelbagai kategori, termasuk:​

  • Laser & TV: Model seperti 116UX layak menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM5,000. Manakala model lain seperti 75U8N, 85U7Q, dan 100Q6Q menawarkan kredit eWallet sebanyak RM800. Pembelian model terpilih yang lain pula akan menerima hadiah berupa bar bunyi Hisense.​
  • Penyaman Udara: Model-model terpilih seperti AI13VAGS dan AI25TUGS menawarkan kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM150.​
  • Peti Sejuk: Pelanggan yang membeli model seperti RQ660N4AWUC1 akan menerima periuk panas Color King Luno, manakala model lain menawarkan periuk stok seramik Color King.​
  • Mesin Basuh: Pembelian model terpilih seperti WD90N1B dan WF5S1075BB melayakkan pelanggan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM100.​

Bagi memeriahkan lagi kempen ini, pelanggan yang mengambil bahagian akan dimasukkan secara automatik ke dalam Cabutan Bertuah “Score Big with Hisense”. Cabutan ini menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah iPhone 17 Pro Max sebagai hadiah utama, Duit Syiling Emas Hisense eksklusif seberat 4g untuk naib johan, dan set peralatan dapur Color King untuk pemenang tempat ketiga. Pelanggan akan menerima penyertaan cabutan bertuah berdasarkan jumlah perbelanjaan dalam satu resit, dengan lebih banyak peluang untuk menang bagi perbelanjaan yang lebih tinggi. Pemenang akan diumumkan pada bulan Januari 2026 di laman Facebook rasmi Hisense Malaysia.​

Kempen “Innovating A Brighter Life” ini selari dengan misi Hisense untuk membawa teknologi premium dan kebolehpercayaan kepada isi rumah di seluruh Malaysia. Hisense juga merupakan Rakan Kongsi Global dan penaja rasmi acara sukan terbesar di dunia, termasuk Piala Dunia FIFA™ (2018, 2022, 2026) dan Kejohanan Eropah UEFA™ (2016, 2020, 2024).

Tinggalkan komentar