Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Hisense Malaysia, peneraju global dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah, telah berjaya menganjurkan kejohanan bola sepak antara universiti secara santai bertajuk “Own the Game, Own the Moment” University Campus Cup 2025 pada 6 Julai 2025 bertempat di Stadium UM Arena.
Dianjurkan bersempena musim FIFA, di mana Hisense meneruskan peranannya sebagai Rakan Rasmi FIFA Club World Cup 2025™, kejohanan ini mencerminkan komitmen Hisense Malaysia dalam memperkaya pengalaman sukan dan menyemai bakat sukan di peringkat akar umbi. Format kejohanan secara santai ini mewujudkan suasana inklusif untuk para pelajar berinteraksi, bertanding dan memupuk semangat berpasukan melalui minat bersama dalam sukan bola sepak.
Sebagai penaja acara sukan utama dunia seperti Piala Dunia FIFA™, kejohanan UEFA EURO, serta rakan kongsi kepada kelab sukan terkenal dalam bola sepak, bola keranjang, sukan permotoran dan e-sukan, Hisense komited untuk mencipta pengalaman imersif yang membawa peminat lebih dekat kepada aksi sebenar. Menerusi inovasi dalam teknologi kediaman pintar dan paparan visual, jenama ini memperkasakan peminat untuk benar-benar “Own the Moment” — Menguasai Detik Anda.
Universiti Malaya Rangkul Kejuaraan

Tahun ini, kejohanan menyaksikan saingan sengit antara empat pasukan dari Lembah Klang iaitu:
- Universiti Malaya (UM)
- Sunway University
- International Medical University (IMU)
- Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)
Setiap pasukan beraksi penuh semangat di atas padang, menampilkan ketekunan, keghairahan dan tekad tinggi untuk mengharumkan nama universiti masing-masing.
“Acara ini bukan sekadar tentang sukan, tetapi juga tentang meraikan semangat belia, cita-cita dan potensi. Tenaga yang anda bawa hari ini, semangat untuk bertanding, mewakili universiti dan mencabar diri sendiri – inilah nilai yang kami perjuangkan di Hisense,” ujar Encik Derek Jin, Pengarah Urusan Hisense Malaysia.
Selepas perlawanan sengit sepanjang hari, Universiti Malaya dinobatkan sebagai juara Hisense “Own the Game, Own the Moment” University Campus Cup 2025, diikuti oleh:
- Naib Juara – International Medical University (IMU)
- Tempat Ketiga – Sunway University
- Tempat Keempat – TAR UMT
Bagi memeriahkan lagi suasana, Hisense turut mengadakan cabutan bertuah khas buat penyokong dan penonton yang hadir, dengan Hisense Soundbar HS2100 sebagai hadiah utama buat pemenang bertuah.
Sokong Gaya Hidup Pintar: Promosi “Own the Moment” Kini Berlangsung
Selari dengan keterujaan menjelang FIFA Club World Cup 2025™, Hisense kini sedang melancarkan Promosi “Own the Moment” di Malaysia dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025. Peminat dan pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif ke atas barisan TV terkini Hisense dan peralatan rumah jimat tenaga, semuanya direka untuk meningkatkan gaya hidup harian dan membawa keterujaan sukan ke ruang tamu anda.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi terkini Hisense Malaysia:
🌐 https://www.hisense.com.my/
🔗 https://linktr.ee/hisensemy













