Emel palsu yang menyeru pengguna supaya menaiktaraf ke Windows 10 kini tersebar. Kandungan yang meragukan turut dilampirkan bersama emel berkenaan dan dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap komputer pengguna seperti apa yang dilaporkan oleh Cisco System dalam satu kenyataan di blog rasminya.

Pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan emel palsu berkenaan bersempena pelancaran sistem operasi baharu Microsoft, Windows 10 dengan memasang perisian ugutan (ransomware) ke dalam komputer pengguna.

Sekali imbas, emel berkenaan kelihatan seolah-olah emel rasmi yang dihantar oleh pihak Microsoft kerana ia menggunakan skim tona warna biru dan putih yang sama dengan warna yang digunakan untuk tujuan pemasaran Windows 10 oleh Microsoft.

Menurut pihak Cisco, fail yang dilampirkan oleh emel palsu berkenaan mengandungi CTB-Locker yang bertindak mengunci fail-fail peribadi pengguna. Pengguna akan diberi tempoh selama 96 jam untuk membayar kepada pihak yang menghantar emel palsu tersebut dan jika pengguna gagal untuk membuat perkara demikian, fail-fail pengguna di dalam komputer yang dijangkiti akan terkunci buat selama-lamanya.

Cara terbaik yang disarankan oleh Cisco untuk mengelakkan dari terkena dengan ransomware adalah berhati-hati dengan sebarang kandungan muat turun yang dilampirkan di dalam emel anda selain dari kerap melakukan backup terhadap fail-fail anda. Mangeld Character Cisco

Antara ciri-ciri emel palsu yang anda dapat kenal pasti pada mata kasar adalah isi kandungan emel yang mengandungi huruf-huruf pelik yang terselit dicelah-celah perkataan-perkataan sebagaimana yang ditunjukkan pada gambarajah di atas.

-Sumber berita diperoleh dari Cisco

4 KOMEN

Tinggalkan komentar