Jenama audio terkemuka, Harman Kardon, secara rasminya telah mengumumkan pelancaran pembesar suara siri Aura Studio yang kelima, iaitu Aura Studio 5, untuk pasaran Malaysia. Peranti yang membawakan rekaan audio 360-darjah ini dijual pada harga RM1,599 dan akan mula tersedia pada 11 November.
Harman Kardon Aura Studio 5 diperkenalkan dengan apa yang digelarkan sebagai “rekabentuk akustik dan unjuran pencahayaan pelbagai lapisan yang baharu”. Ia menampilkan rekaan pembesar suara tiga hala yang telah diolah semula.
Merangkumi sebuah subwoofer berukuran 143mm, enam pemacu audio 40mm, dan sebuah tweeter 25mm yang merupakan komponen baharu untuk siri ini. Teknologi Constant Sound Field proprietari jenama itu turut disertakan bagi meningkatkan kejelasan audio dan medan bunyi yang lebih luas.
Untuk komponen pencahayaan, Aura Studio 5 dilengkapi dengan lima tema berinspirasikan alam semula jadi iaitu Ocean, Aurora, Blossom, Sunrise, dan Fireplace. Kesemua mod pencahayaan ini boleh dikawal sepenuhnya oleh pengguna melalui aplikasi Harman Kardon ONE.
Berikut adalah ciri-ciri utama Harman Kardon Aura Studio 5:
- Harga: RM1,599
- Komponen Audio: 1x subwoofer 143mm, 6x pemacu 40mm, 1x tweeter 25mm
- Teknologi Audio: Constant Sound Field
- Pencahayaan: Lima tema (Ocean, Aurora, Blossom, Sunrise, Fireplace)
- Kawalan: Aplikasi Harman Kardon ONE
Pra-pesanan untuk Harman Kardon Aura Studio 5 akan bermula esok, dengan hadiah eksklusif ditawarkan kepada pembeli awal. Jualan akan bermula pada 11 November melalui platform Shopee, Lazada, dan pengedar rasmi Swap Asia.
Model yang dilancarkan pada peringkat awal ini adalah versi Bluetooth sahaja, manakala model dengan sokongan WiFi dijangka akan tiba pada suku pertama tahun 2026, dengan harga yang akan diumumkan kelak. Turut dilancarkan bersama adalah model Soundsticks 5 yang berharga RM1,899.










