Kanak-kanak, Salam, Duit Raya

Cuti Aidilfitri tahun ini memang jatuh pada hari yang amat sesuai. Hari Raya Pertama jatuh pada hari Isnin. Jadinya, boleh ambil cuti rehat tiga hari secara berturutan sampai ke hari Jumaat setelah dicampur cuti Hari Raya Kedua yang jatuh pada hari Selasa. Lumayan juga cuti raya aku tahun ini.

Namun, ada pro dan kontranya juga cuti yang lumayan ini. Dalam keadaan pendapatan diri sendiri yang tak berapa lumayan ni, Cuti lama-lama sangat bukan boleh buat apa pun. Sekarang ni, kalau nak keluar kunjung mengunjung rumah sanak-saudara, duit poket mesti disediakan secukupnya.

Kurang-kurang, duit tol pun nak kena standby.

8 KOMEN

Tinggalkan komentar