Ruang untuk aku menyimpan buku-buku di rumah sememangnya amat terhad. Membeli buku-buku baru sudah tidak sekerap dahulu. Kali terakhir buku yang aku beli adalah Kancilman yang dibeli ketika Pesta Buku Kuala Lumpur 2013 di PWTC baru-baru ini.
Semenjak setahun kebelakangan ini, aku lebih kerap berkunjung ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak untuk meminjam buku. Ia adalah perpustakaan yang paling hampir dengan kedudukan rumah yang aku diami sekarang. Buku yang dibenarkan untuk dipinjam terhad kepada tiga judul dan tempoh untuk meminjamnya pula hanya 3 minggu. Tetapi ia memadai bagi aku untuk menghadamkannya.
Meminjam buku dari perpustakaan, walaupun terikat dengan masa dan jumlah yang boleh diperoleh, ia masih tetap memberikan santapan untuk mindaku. Bagi golongan yang berpendapatan kecil seperti aku, peranan perpustakaan amat besar sumbangannya. Kenaikan harga barangan keperluan harian yang sangat mendadak menjadikan pilihan untuk membeli buku yang baik seolah-olah hampir sama dengan keperluan membeli barangan mewah.
Pagi tadi, seperti sudah menjadi rutin bulanan, aku berkunjung ke Perpustakaan Negara untuk urusan memulang dan meminjam buku-buku. Urusan pinjaman dan pemulangan buku dilakukan di bangunan Wisma Sejarah yang terletak di belakang Main Library Perpustakaan Negara.
Jumlah bilangan buku di bahagian pinjaman, pada pandangan aku dilihat semakin bertambah. Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik. Banyak judul-judul baru kian mudah didapati untuk orang ramai meminjamkannya.
Cuma, atas faktor ruang, buku-buku sudah terlalu padat untuk dimuatkan pada ruangan rak-rak buku. Ada sebahagiannya terpaksa diselit-selitkan secara melintang pada ruangan kosong buku-buku yang pendek. Sebagaimana keadaan rumah aku, Perpustakaan Negara juga mengalami masalah kekurangan ruang.
Saya pula tak pernah lagi pergi ke Perpustakaan Negara ni. Wah, sedara pun beli KancilMan juga haritu? Sama la kita. Hehe. :>)
wahh acik pula suka pergi perpustakaan awam selangor 🙂 sebab itu paling dekat 🙂
Owh.. kali terakhir saya ke sini masa siapkan research setahun lepas. Memang khutubkhanah ni perlukan ruang lebih besar untuk menyimpan buku. Cuma sedih jugak pabila tak berapa ramai pengunjung.
sy ke tren pastu jalan kaki ke sana satu kenangan yang indah masa saya berkerja di KL.
kalau ukat buku tak jemu ke sana beberapa kali sanggup seminggu 3 kali ok.sebab banyak buku yang nak baca..rasa tak puas baca di sana.lepas itu tempoh pinjam sekejap jer heee
Dah byk sgt buku tu….sy dan keluarga mengamalkan cara meminjam buku(bertukar2)buku sesama kami adik beradik,jd buku2 kami rajin berjalan,paling akhir destinasi buku tu di rmh mak ayah,jd sapa nak sila amik di sana je….kalau dh hbs baca,sila hantar blk…hehe
Dulu pernah juga bawa anak2 ke sana, tp ruang bacaan kanak2 di bhg bawah.. pun sama mcm tu..tambahan ada yg x sempat dikemas lagi. Buku mmg semakin lama semakin bnyk.. mcm manalah agak nya nnti ye.. 🙂
tak pernah lg ke perpustakaan negara ni.. nampak menarik. mesti byk info yg ada di dalam tu 🙂 ulat buku ni
sudah lama tidak meminjam buku di perpustakaan.. mungkin kena buat ruang tambahan untuk buku yang semakin bertambah..
sesekali jenguk perpustakaan sekolah je
perpustakaan negara tak pernah
Kakak rasa lama benar kakak tak masuk perpustakaan. Kira 3 minggu boleh habis 3 buah buku teramat baik. Salute kakak. Buat kakak ni kalau hari anak sekolah bolehlah tapi kalau tak satu buku nak habis sebulan pun payah. Teruk kan kakak ni…
saya tak boleh pergi library, memang tak ingat dunia luar nanti. tup² aje, kak kami nak tutup dah ni. haa? aku rasa baru aje duduk tadi.
Alhamdulillah, jarang dengar sekarang ni orang suka pegi Library untuk pinjam buku termasuklah MJ..hehee
belum sampai lagi nih, asyik lepak shopping mall je.. hoho
membaca meluaskan minda
kalau perpustakaan tak jauh dengan rumah plus gunakan nama anak bekas perajurit, sy rasa bro mesti duduk area semarak atau gurney..hahaha..betul tak tekaan saya..hahaha
Regards,
-Strider-
Isyh, takda la. Saya tinggal kat belah-belah Pandan nu. Barulah real Marhaen nya. Hehe
lama dah tak keperpustakaan. buku lama-lama rasa dah tak nak baca boleh jual, kosong sikit rak…
Assalam
Masyaallah..beruntungnya 🙂
Tinggal berdekatan gudang ilmu.
Terus terang – saya amat cemburu ni.
Mungkin perpustakaan juga perlu berubah kepada perpustakaan online… Mudah untuk pinjaman dan ruangan pun boleh jimat. Jika tidak…perpustakaan perlu di besarkan krn bilangan buku tidak akan berkurang.
wahh..rajin betul ke perpustakaan negara eh..
perpustakaan adalah tempat yang suka bertandang.
pergh, baguih2… aku rajin gi library zaman aku study dulu jer, skang ni pulak aku donlot buku digital kat playstore, pehtu baca kat android… hahah, style digital pulak…
Aku layan jugak baca buku format epub kat Android ni untuk baca time boring-boring tengah menunggu je la. Tapi untuk time hadap betul-betul membaca, aku cari yang format kertas jugak. Hehe. Mungkin tangan aku ni suka feel pegang kertas tu lagi dari scroll kat screen. :p
tak sangka bro seorang kaki buku..patutlah tulisan bro ada gaya standard.
p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]
Struktur ejaan je standard. Susun atur ayat tu kadang tunggang-terbalik jugak. haha.