Xiaomi telah mendedahkan harga jualan bagi telefon pintar Redmi Note 4X bersama-sama Edisi Hatsune Miku untuk pasaran di China.
Secara perbandingan, Redmi Note 4X tidak menawarkan banyak perubahan dari modelnya yang terdahulu. Spesifikasinya sama seperti Redmi Note 4 yang didedahkan di India pada bulan lepas. Ini termasuklah Qualcomm Snapdragon 625, RAM 3GB, paparan 5.5 inci 1080p, storan dalaman 32GB, bateri berkapasiti 4,100mAh dan juga kamera belakang 13 MP serta kamera hadapan 5MP.
Apa yang membezakannya hanyalah dari segi pemilihan warna. Warna-warna yang boleh dipilih adalah hitam, merah jambu, hijau, emas dan kelabu. Bagi Edisi Khas Hatsune Miku pula, ia hadir dengan tandatangan Hatsune Miku, Mi Power Bank Edisi Terhad dan juga kerangka berdasarkan watak berkenaan.
Seperti yang dinyatakan tadi, Xiaomi Redmi Note 4X hanya boleh didapati di pasaran China setakat ini. Harga bagi Redmi Note 4X dijual pada 999 Yuan (bersamaan RM645). Manakala untuk Edisi Hatsune Miku pula, ia dijual pada 1,299 Yuan atau bersamaan RM840.
Sumber berita diperoleh dari Forum MIUI














comel je edisi tu , spesifikasi pun boleh tahan jugak lah