Maklumat-maklumat berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S8 kini semakin banyak yang disebarkan melalui media atas talian. Terbaru, maklumat berkenaan harga untuk peranti berkenaan turut tertiris. Ia adalah hasil dari ‘peniris bersiri’ yang popular di Twitter, @evleaks yang telah mendedahkan harga telefon pintar berkenaan untuk pasaran Eropah.
Ketirisan maklumat berkenaan yang didapati hadir sekitar lewat kelmarin menunjukkan harga Samsung Galaxy S8 bermula pada €799. Manakala harga untuk Samsung Galaxy S8+ pula diletakkan pada €899. Selain dari harga dua peranti berkenaan, turut ditiriskan adalah maklumat tentang harga untuk dok telefon pintar DeX (€150), Gear VR (€129), dan yang terbaru, Gear 360 (€229).
Harus diingat, harga untuk pasaran Eropah pada kebiasaannya lebih tinggi berbanding harga-harga peranti untuk pasaran di rantau lain. Oleh itu, mungkin harga Samsung Galaxy S8 di Malaysia tidak akan sampai mencecah harga RM3800 seperti harganya untuk pasaran Eropah.
S8 – 799€
S8+ – 899€
DeX – 150€
GearVR – 129€
Gear360 – 229€ https://t.co/vVm6DRMkX5— Evan Blass (@evleaks) March 19, 2017
Selain dari harga, @evleaks turut mendedahkan variasi warna untuk Galaxy S8 yang boleh didapati dalam pilihan warna; Black Sky, Orchid Grey, dan Arctic Silver.
Samsung Galaxy S8 and S8 Plus (top to bottom) in black sky, orchid grey and arctic silver (left to right) pic.twitter.com/ISo7W10sYV
— Evan Blass (@evleaks) March 19, 2017













