Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar mercu pertama keluarannya pada tahun ini iaitu siri Samsung Galaxy S20. Siri telefon pintar ini dilancarkan bersempena acara Samsung Unpacked yang berlangsung di San Francisco, A.S. awal pagi ini, waktu Malaysia. Tiga model diperkenalkan untuk variasi telefon pintar mercu keluaran Samsung ini, sama seperti siri Galaxy S10 pada tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada model berspesifikasi lebih mampu milik seperti Galaxy S10e diperkenalkan. Untuk keluaran ini, model berspesifikasi lebih tinggi telah diperkenalkan – Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra, model yang paling premium.

Antara ciri yang membezakan ketiga-tiga model ini terletak pada ciri saiz skrinnya. Galaxy S20 dilengkapkan dengan paparan 6.2-inci, manakala Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra pula masing-masing hadir dengan paparan 6.7-inci dan 6.9-inci. Ketiga-tiga telefon pintar ini menawarkan panel AMOLED 2X Dinamik dengan resolusi natif HD+ kuad, sokongan HDR10+ dan kadar segar semula 120Hz.

Kamera Samsung Galaxy S20 lebih canggih

Untuk kamera, Galaxy S20 dan Galaxy S20+ dilengkapkan dengan kamera utama berlensa 12MP f/1.8, lensa bersudut ultra luas 12MP f/2.2 dan lensa telefoto 64MP f/2.0. Model Galaxy S20+ turut menawarkan sebuah lagi kamera yang dikenali sebagai DepthVision. Untuk swafoto pula, kedua-dua telefon pintar menawarkan kamera hadapan 10MP f/2.2.

Model paling premium Galaxy S20 Ultra menawarkan kamera utama dengan lensa utama 108MP f/1.8 bersama-sama lensa bersudut luas 12MP f/2.2, kamera DepthVision 48MP dan juga kamera telefoto 48MP f/3.5. Kamera swafotonya di hadapan pula menawarkan lensa 40MP.

Samsung turut menyatakan Galaxy S20 dan Galaxy S20+ masing-masing menawarkan Zum Optikal Hibrid 3x dan Zum Super Resolusi 30x. Manakala Galaxy S20 Ultra pula mampu pergi lebih jauh dengan Zum Optikal Hibrid 10x dan Zum Resolusi Super 100x. Ketiga-tiga telefon pintar terbaru Samsung ini juga diberikan penarafan IP68, justeru mampu bertahan di dalam air berkedalaman sehingga 1.5 meter sehingga 30 minit.

Ciri-ciri lain yang membezakan ketiga-tiga telefon pintar mercu Samsung ini adalah pada baterinya. Samsung Galaxy S20 menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh, manakala Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra pula menawarkan 4500mAh dan 5000mAh masing-masing. Untuk sokongan pengecasan pantasnya, Galaxy S20 menyokong pengecasan pantas sehingga 25W. Manakala Galaxy S20+ dan Galaxy S20 pula menyokong pengecasan Super Fast 45W.

Ketiga-tiga model ini menawarkan pilihan warna Kelabu Kosmik. Pilihan warna lain pula unik mengikut model masing-masing seperti Biru Awan hanya untuk Galaxy S20 dan Galaxy S20+. Manakala Hitam Awan pula hanya untuk Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra. Cuma warna Merah Jambu Awan sahaja yang khusus untuk Galaxy S20.

Spesifikasi Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra

Galaxy S20 Galaxy S20 Plus Galaxy S20 Ultra
Saiz 151.7 x 69.1 x 7.9mm (5.97 x 2.72 x 0.31 inches) 161.9 x 73.7 x 7.8mm (6.37 x 2.9 x 0.3 inches) 166.9 x 76 x 8.8mm (6.57 x 2.99 x 0.34 inches)
Berat  163 gram 186 gram 220 gram
Saiz Skrin 6.2-inch Dynamic AMOLED (563 pixels-per-inch) 6.7-inch Dynamic AMOLED (525ppi) 6.9-inch Dynamic AMOLED (511 ppi)
Resolusi Skrin 3,200 x 1,440 pixels 3,200 x 1,440 pixels 3,200 x 1,440 pixels
Sistem Operasi Android 10 Android 10 Android 10
Storan 128GB 128, 512GB 128, 512GB
Slot kad Mikro-SD Ada Ada Ada
Perkhidmatan bayaran secara sentuhan Samsung Pay, Google Pay Samsung Pay, Google Pay Samsung Pay, Google Pay
Cipset Qualcomm Snapdragon 865 Qualcomm Snapdragon 865 Qualcomm Snapdragon 865
RAM 12GB 12GB 12, 16GB
Kamera 12-megapixel, 64MP telephoto, and 12MP ultrawide rear, 10MP front 12-megapixel, 64MP telephoto, 12MP ultrawide, and ToF sensor rear, 10MP front 108-megapixel, 48MP telephoto, 12MP ultrawide, and ToF sensor rear, 40MP front
Video 8K at 30 fps, 4K at 60 frames per second, 1080p at 240 fps, 720p at 960 fps 8K at 30 fps, 4K at 60 fps, 1080p at 240 fps, 720p at 960 fps 8K at 30 fps, 4K at 60 fps, 1080p at 240 fps, 720p at 960 fps
Versi Bluetooth 5 5 5
Port USB-C USB-C USB-C
Penderia Cap Jari Ada, dalam-paparan Ada, dalam-paparan Ada, dalam-paparan
Rintangan Air IP68 IP68 IP68
Bateri 4,000mAh 4,500mAh 5,000mAh
Fast charging (25W) Fast charging (25W) Fast charging (45W)
Qi wireless charging Qi wireless charging Qi wireless charging
Gedung Aplikasi Google Play Store Google Play Store Google Play Store
Warna Cosmic Gray, Cloud Blue, Cloud Pink Cosmic Gray, Cloud Blue, Cosmic Black Cosmic Gray, Cosmic Black
Harga RM3,599 RM3,999 RM4,999

Harga Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ di Malaysia

Samsung juga berkesempatan memaklumkan harga bagi Galaxy S20 dan Galaxy S20+ di Malaysia bersama-sama tarikh pra-tempahan mula dibuka. Hadir dengan storan dalaman standard 128GB, Galaxy S20 dan Galaxy S20+ masing-masing akan dijual pada RM 3599 dan RM 3999 bermula pada bulan Mac nanti.

Program pra-tempahan pula akan dimulakan pada hari ini tepat jam 5 petang sehingga 26 Februari 2020. Setiap pembelian melalui pra-tempahan bakal menerima Galaxy Buds+ secara percuma.

Pra-tempahan akan dibuka melalui halaman rasmi pra-tempahan Galaxy S20 dengan bayaran deposit sebanyak RM500 akan dikenakan.

Tinggalkan komentar