Bersama-sama telefon pintar mercu Galaxy S10 Lite dan Galaxy Note10 Lite, Samsung turut mengumumkan kehadiran dan harga bagi Galaxy A51 dan Galaxy A71. Keempat-empat telefon pintar berkenaan bakal memasuki pasaran Malaysia pada 7 Februari 2020.
Pra-tempahan pula mula dibuka di antara 3 hingga 5 Februari 2020 melalui laman web rasmi Samsung Malaysia. Pembelian Samsung Galaxy A51 dan A71 turut ditawarkan dengan cenderahati.
Pembeli yang berminat membuat pra-tempahan berpeluang menerima pakej Samsung Protection Plus yang menyediakan perlanjutan tempoh waranti sehingga 1 tahun lagi bersama-sama pelindung skrin.
Untuk harga, Galaxy A51 ditawarkan dengan harga RM 1,299. Manakala untuk Galaxy A71 pula, harga yang ditawarkan bermula dari RM 1,799.
Layari laman web rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut dan membuat pra-tempahan.













