Platform pembiayaan beramai-ramai global, Ketto, menganjurkan kempen untuk mengumpulkan 5 Crores yang diperlukan untuk Zeus
BANGALORE, India dan NEW DELHI, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ — Zeus Agastya Krishna Banerjee berusia 6 tahun ketika beliau bertemu dengan salah seorang bintang hiburan terkenal India, Varun Dhawan. Seorang peminat setia gaya dan kemahiran tarian jalanan Varun yang sukar ditiru, bertemu dengan bintang tersebut merupakan impian yang menjadi kenyataan. Zeus yang kini berusia 11 tahun sedang berjuang melawan Leukemia limfoblastik akut (ALL). Zeus tidak menyedari akan keadaan kesihatannya yang mengancam nyawa dan telah berjuang melawan penyakit tersebut yang berulang selama berbulan-bulan.
Hidup ini hanyalah suatu koleksi detik-detik dan peluang pertemuan yang akan dihargai. Bagi seorang bintang seperti Varun, ia mungkin sekadar detik pertemuan bersama peminat, namun apabila beliau mendengar tentang perjuangan Zeus, beliau telah merakamkan video untuk memberi semangat kepada pejuang penyakit yang tabah ini. Dalam video yang disiarkan di halaman Instagram yang dicipta khas untuk Zeus, @save_zeus, Varun berkata, “Hai Zeus, salam sayang dari saya, saya pasti anda akan dapat mengumpulkan semula semua kekuatan anda tidak lama lagi dan saya tidak sabar untuk menunggu anda pulih supaya kita dapat bertemu.” Isyarat yang disampaikan oleh Varun sudah pasti memberi sinar pengharapan kepada kesuraman hidup Zeus, keluarga dan rakan-rakannya.
“Pada hari Khamis, 6 Oktober, saya telah menyeru bantuan segera pada platform pembiayaan beramai-ramai global, Ketto, untuk mengumpulkan 5 Crores yang diperlukan untuk rawatan Zeus menjalani prosedur yang dipanggil terapi sel-T CAR. Terima kasih kepada semua, seruan saya telah mendapat perhatian sebuah syarikat yang dimulakan oleh bekas pelajar saya dan ramai lagi – yang bersetuju untuk membantu dalam program amal ini dan menggerakkan rangkaian mereka untuk membantu saya,” kata Arundhati Banerji, ibu Zeus.
Dengan adanya mereka yang mendorong aktiviti amal tersebut, bintang-bintang seperti Kriti Kulhari, Joseph & Irfan Pathan, Harbhajan Singh, Veda Krishnamurthy, Harsha Bhogle, Aakash Chopra, Jatin Sapru, Gurusharan (Guru) Randhawa Papa CJ, Manjari Fadnis memanfaatkan platform media sosial mereka untuk menjangkau beratus ribu peminat dengan seruan menderma – satu pencapaian yang tidak dapat dicapai oleh sebarang panggilan peribadi atau mesej WhatsApp dengan begitu cepat. Pempengaruh seperti Nikita Datta, Rahul Jaisingh dan Akshay Mhatre turut menyertainya. Ibu bapa Zeus amat berterima kasih atas sokongan yang diterima dalam kempen tersebut setakat ini. Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak perjuangan yang perlu dilalui dan Zeus mengharapkan sinar yang mampu mengembalikan keceriaan hidupnya. Setiap perkongsian, setiap pemajuan, setiap rupee akan membawa perubahan. Sila pertimbangkan untuk menderma dan berkongsi kempen ini di https://www.ketto.org/fundraiser/my-son-is-fighting-for-his-life-and-we-need-your-support-to-save-him-701752
“Zeus ialah seorang kanak-kanak yang luar biasa dengan senyuman kenakalan dan keperwiraan. Beliau suka membaca, berkongsi cerita, bermain muzik dan menonton filem, terutama tentang adiwira. Dan adiwira adalah apa yang beliau perlukan sekarang – untuk bersatu dan membantu menyokong kempen pengumpulan dana ini. Zeus, yang tidak menyedari penglibatannya, turut menjalankan tanggungjawabnya demi perjuangan untuk terus hidup – kita sebagai sebuah komuniti perlu menjalankan tanggungjawab kita. Semasa pandemik, kita telah kehilangan berjuta-juta nyawa dan kita sebagai sebuah komuniti, berjanji untuk bersama-sama dan memastikan kejadian malang ini tidak akan berulang kembali. Sila bersama-sama sekali lagi dan membantu menyelamatkan anak kami. Petikan salah satu buku kegemaran Zeus ‘Harry Potter’ membantu beliau menjadi seorang anak yang akan terus hidup,” tambah Arundhati.
Video: https://mma.prnewswire.com/media/1919295/Varun_Dhawan_SaveZeus.mp4













