Singgah isi minyak di pam minyak BHP petang semalam, aku dikejutkan dengan satu suara yang seolah-olah sedang berborak dengan aku. Aku toleh kebelakang. Kelihatan seorang awek duduk di atas motosikal yang sedang berhenti. Mulutnya tidak henti berborak. Matanya seperti melihat ke arah aku.

Aku pandang kawasan sekeliling aku. Tiada orang. Melainkan dua orang pekerja pam minyak di kaunter bayaran. Ah, takkan dia sedang membacakan sebuah puisi untuk aku pula?
Mungkin dia sedang bermonolog bersendirian fikirku. Aku meneruskan aktiviti mengisi minyak RM5 ke tangki minyak motosikal aku.
Usai mengisi minyak. Aku kembali meneruskan perjalanan sambil menghala ke arah laluan yang bersebelahan dengan pam minyak awek itu tadi. Kelihatan di tepi helmetnya ada sesuatu.
Ceh, dia borak kat hanset rupanya.

Awek Rempit, Seksi


24 KOMEN

Tinggalkan komentar