Utama Teknologi Gula Naik, Susu Naik

Gula Naik, Susu Naik

1038
21
Curi Susu Celah Kangkang
Paling terkesan dengan kenaikan harga gula ni adalah pada harga susu bayi. Susu bayi ni tak sama dengan susu dewasa macam susu Nespray or susu Everyday. Harganya pun lagi mahal. Apa cilake menteri ni boleh kata kenaikan gula bakal memberi kesan kesihatan yang baik terhadap masyarakat. 
Anak-anak kecil yang masih menyusu tu apa cerita? 
 Breastfeeding? 
Berapa bulan je pun boleh sustain. Bukan semua kaum ibu ni ada banyak susunya. Tambahan pula, 60% jumlah pendapatan rakyat Malaysia adalah di bawah RM3000 sebulan. Para ibu-ibu di Malaysia kebanyakannya terpaksa keluar rumah untuk bekerja meringankan beban kewangan suami. Jadi, jadual untuk menetek anak sudah terganggu. Jadual penyusuan yang tidak teratur akan mengganggu penghasilan susu. Amat jarang ibu-ibu yang bekerjaya mampu menyusukan anaknya secara penuh sehingga 2 tahun. Biologi tubuh manusia antara satu sama lain adalah berbeza. Ingat lembu ke apa, susu badan tak tau nak habis.
Ibu bapa kebanyakannya akan sayang pada anaknya lebih dari sayang mereka terhadap diri sendiri. Demi susu anak, ramai ibu bapa muda yang terpaksa mengikat perut termasuk makan nasik lauk ikan masin dan kicap setiap hari.
Kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk gula pasti mendatangkan kesan berantai terhadap kehidupan rakyat Malaysia.
Tidak menghairankan jikalau kes kecurian susu bayi di pasaraya bakal berleluasa selepas kenaikan harga gula ini.

21 KOMEN

  1. Harga barang memang tiap2 tahun naik.

    Alhamdulillah…bersyukur sbb anak masih fully breastfeed. Tiada istilah susu kering sebenarnya. Konsep BF ni senang jer bro, ada demand ada lah supply nya. Selagi ada permintaan, selagi itulah pengeluarannya akan ada. Sebab itulah masih ada anak2 yg masih BF even dah 5 tahun. Yg penting mind setting dan usaha.

  2. Sape la komen pasal anak ko makan duit haram tu. Tak berpijak di bumi yang nyata betul yg komen mcm tu.

    Kita ni… erm… betul2 seperti tersepit. Nak tak nak terpaksa juga hadap semua perkara ni. Idea tentang nak menjadikan rakyat malaysia lebih sihat dgn mengurangkan subsidi gula sungguh la tidak cerdik.

  3. Yang aku tak menahan tu apasal la nak tipu rakyat bulat2. Apasal tak cakap yang duit kerajaan dah habis. Kan senang. Bodo punya kenyataan kurangkan makan gula sebab kencing manis. Mangkuk apa air gas, tu apasal tak kurangkan gula. Takpun naikkan je harga. Kuih muih, segala bagai lain tak pakai gula ke apa.

    • Mana diorang nak ngaku yang duit kita dah banyak habis. Income Malaysiasekarang ni sebenarnya lebih besar berbanding dekad 90’an dulu. Tapi, belanja yang dibazirkannya tu pulak, lagi besar dari jumlah yang kita dapat. Mismanagement punya hal lah ni.

  4. Semenjak tamat election.. berlumba2 barang dinaikkan harga..
    Jika harga gula naik.. sure barang2 makanan lain pun akan ikut naik yang mana effectnya bukan hanya pada pengguna yang berkemampuan tapi yang lebih sedih tempiasnya secara langsung kena pada yang berpendapatan rendah.. ada anak2 yang masih kecil masih menyusu.. kesian.. kenapa tak diturunkan jer elaun keraian bapak2 menteri dan pegawai2 tinggi tu jer.. dah tentu sasarannya kenaa.. 😀

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.