Gudang Shopee di Shah Alam diumumkan telah kembali beroperasi bermula dari hari ini, 13 Julai 2021.
Sebelum ini gudang tersebut telah ditutup bagi memberi ruang pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP) tambahan sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak berwajib.
Buat masa ini Shopee akan melaksanakan pematuhan sekitar 60% tenaga kerja di premis berkenaan selain mewajibkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa bagi pekerja-pekerja yang hadir.
Rutin ujian calitan (swab test) juga akan dijalankan terhadap pekerja-pekerjanya sebagai langkah pengesanan awal wabak COVID-19 di tempat kerja.













