Grab pada tahun lalu telah melancarkan sistem kad pembayaran tanpa nombor pertama di Asia. Sistem yang dilancarkan di Singapura ini dirancang akan juga dilaksanakan di Filipna dan Malaysia pada tahun ini.

Menurut Grab Malaysia, pihaknya bersedia untuk memperkenalkan GrabPay Card dalam tahun ini juga. Namun, tidak menyatakan tarikh spesifik ianya bakal mula dilaksanakan.

Sistem kad pembayaran tanpa nombor ini bertujuan mengekang sebarang kemungkinan kecurian identiti dan pencerobohan akaun. Kad yang ditawarkan ini juga boleh didapati di dalam kedua-dua versi iaitu digital dan fizikal.

Oleh kerana kad ini juga boleh diterima di dalam rangkaian kad Mastercard di seluruh pelusuk dunia, ia boleh digunakan untuk mendapat dan menebuskan mata ganjaran Mastercard.

Mengambil kira Grab Malaysia telah mula menunjukkan minat dalam melancarkan sistem kad pembayaran tanpa nombor di Malaysia, mungkin pengumuman rasmi sistem ini akan hadir dalam masa yang terdekat.

Sumber berita diperoleh dari TechNave

Tinggalkan komentar