Grab baru-baru ini telah melancarkan program bertaraf serantau yang mensasarkan peningkatan akses dan pendidikan vaksin kepada seluruh pemegang taruh platformnya.

Program ini juga menggalakkan kesemua penumpang, pemandu dan penghantar perkhidmatannya di seluruh Asia Tenggara supaya mengambil vaksin. Grab juga komited untuk memperuntukkan masa dan kos bagi menjayakan usaha berkenaan di lapan buah negara yang ia kini beroperasi.

Penyedia perkhidmatan penghantaran dan seru pandu ini juga akan menyediakan subsidi kos suntikanya jika tidak ditanggung oleh kerajaan negara berkenaan. Khidmat penghantaran vaksin juga turut diberikan kepada pihak kerajaan sekiranya diperlukan.

Grab juga turut tidak ketinggalan berkongsikan maklumat terkini COVID-19 melalui seluruh platform aplikasinya yang kini digunakan oleh 200 juta pengguna.

Tinggalkan komentar