Mac lalu, Google telah mengumumkan pembatalan acara tahunan I/O secara langsung. Acara berkenaan dijadualkan akan diadakan secara dalam talian dan dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2020.
Google dijangka akan memperkenalkan Android 11 selain kemungkinan akan turut memperkenalkan Google Pixel 4a di dalam acara tersebut.
Bagaimanapun, acara yang dijalankan secara dalam talian tersebut juga akhirnya ditunda. Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun rasmi Android Developers di Twitter. Namun, tiada sebarang tarikh baru yang diumumkan berikutan penundaan acara tersebut.
We are excited to tell you more about Android 11, but now is not the time to celebrate. We are postponing the June 3rd event and beta release. We’ll be back with more on Android 11, soon.
— Android Developers (@AndroidDev) May 30, 2020
Terdahulu, Jon Prosser pernah menyatakan Google Pixel 4a akan didedahkan pada 13 Julai ini. Hal ini membawa kepada kemungkinan ianya adalah tarikh yang sama untuk mengumumkan Android 11.
Pun begitu, selagi gergasi carian internet Google ini masih belum mengeluarkan kata putus, ianya boleh dianggap sebagai desas-desus semata-mata.












