Google Translate baru-baru ini telah mengemaskini fungsinya dan kini menyokong fungsi terjemahan teks melalui kamera untuk Bahasa Melayu. Fungsi yang pertama kali diperkenalkan pada aplikasi Google Translate pada tahun 2015 ini pada asalnya hanya menyokong bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris, China, Perancis dan Jepun.

Kini, selepas bertahun-tahun mengalami perubahan dari masa ke semasa, aplikasi ini telah menyokong sehingga 88 jenis bahasa termasuk Tamil, Thai, Arab dan pelbagai lagi. Selain itu, pengguna juga tidak lagi sekadar menterjemahkan teks ke Bahasa Inggers, sebaliknya kini pengguna boleh menterjemahkan teks ke bahasa-bahasa yang disokong.

Pengguna juga kini disediakan fungsi mengenalpasti jenis bahasa yang tertera melalui butang “Detect Language” di dalam aplikasi berkenaan. Kemaskini Google Translate terbaru kini telah sedia untuk dimuat turun melalui gedung App Strore dan Google Play.

Sumber berita diperoleh dari Google via Amanz

Tinggalkan komentar