Modem Exynos pada kebiasaannya digunakan pada telefon-telefon pintar Samsung Galaxy. Kini, modem berkenaan buat pertama kalinya akan digunakan pada siri Pixel 6.

Sebuah cipset Tensor tersuai dilaporkan telah dihasilkan berdasarkan rekaan modem 5G Samsung Exynos, menurut Reuters.

Apa yang menarik dengan modem ini ialah sokongan 5G mmWave yang merupakan sesuatu yang amat sukar didapati. Ketika ini, terdapat tiga buah syarikat yang menghasilkan modem 5G, iaitu Qualcomm, Samsung, dan MediaTek. Huawei juga menghasilkan modem 5G keluarannya sendiri, tetapi sedang menghadapi sekatan perdagangan.

Siri telefon Google Pixel 6 berkemungkinan besar tidak akan dijual dalam kuantiti yang besar. Namun, ini menunjukkan keupayaan modem Samsung pada pengeluar lain.

Tinggalkan komentar