Telefon Pixel 5a yang akan dikeluarkan seringkali dibicarakan oleh peminat-peminat teknologi di serata dunia hinggakan Google sendiri pernah menafikan berita pembatalan pelancaran telefon tersebut. Google menegaskan Pixel 5a akan dilancarkan dalam tahun ini juga.

Beberapa hari yang lepas, telefon pintar keluaran Google ini dikatakan akan dilancarkan pada 26 Ogos ini dengan harga $40 (~RM 1,898).

Dari segi spesifikasi, telefon ini dijangka menampilkan paparan 6.4-inci dengan cipset Snapdragon 765G, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 4,650mAh. Ia juga dikatakan tidak mempunyai sokongan pengecasan nirwayar dan akan hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu ‘Mostly Black’.

Kameranya pula dikhabarkan sama seperti yang terdapat pada Pixel 5 dan ia akan mempunyai bicu audio. Serta penarafan IP67 bagi kerintangan air dan debu.

Spesifikasinya juga menawarkan peningkatan ketara dari segi kapasiti bateri dan saiz skrin jika dibandingkan dengan Pixel 4a 5G. Telefon ini juga dikatakan akan dilancarkan di dua pasaran sahaja iaitu di Amerika Syarikat dan Jepun. Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada telefon ini akan dilancarkan ke pasaran lain seperti Malaysia.

Tinggalkan komentar