Pulang dari mengeteh bersama Haji Kasuan, Madey dan Uncle Sam, belum sempat aku salin seluar pintu rumah diketuk. Fikirku mungkin jiran sebelah ingin meminjam spanar atau elengki (Allen Key, Kekunci L). Salam diberikan dan sudah pasti aku menjawab salam balik. Takdalah aku mengikut sangat budaya Hollywood jenis main hai-hai je.

Apabila pintu dibuka, aku terkesima selama hampir 5 saat. Gerangan apakah kesemua mereka ini datang berjubah dan berserban? Apakah JAIJ tersalah rumah menyerbu rumah aku? Seingat aku, tak pernah rumah sewa aku ni menjadi sarang maksiat dan perjudian. Sarang labah-labah mungkin.

Muka ada iras-iras pemain hoki Pakistan yang menang lawan Malaysia tempoh hari. Sembang-sembang kejap, memang asal diorang dari Pakistan pun.

Macam biasa, maka ceramah pun disampaikan kepada aku. Aku dengar antara paham dan tak paham je. Brader Pakistan yang bernama Sohail Abas tu cakap English dengan ascent Pakistan yang sangat pekat. Kena download subtitle baru aku paham.

Ikutkan, nak je aku borak lelama tanya pasal isu-isu semasa pasal fikah, tauhid, sirah, tajwid dan lain-lain. Tapi tetiba lak aku nak terkucil. Aku mintak diri dulu.

Dia pesan suruh aku datang jemaah kat masjid masa maghrib nanti. Aku jawab insyaAllah. Tersenyum lebar si Sohail Abas kerana menyangka aku betul-betul akan datang pada waktu Maghrib.

Dia tak tau yang orang Malaysia ni kalau cakap insyaAllah, belum tentu dia datang on-time.

Waktu Isyak baru aku datang jemaah.

polycats89.blogspot.com

8 KOMEN

  1. @nazihahisa
    yup, sepatutnya insyaAllah tu adalah janji yang patut kita tepati dan dengan izin Allah.

    @Kazaztan Team
    tu yg kekadang bila kita cakap insyaAllah, ada orang tanya kita balik, ‘yang ni insyaAllah yang jadi ke yang tak jadi ni?’

Tinggalkan komentar