KUALA LUMPUR, 15 Januari 2025 – Garmin Malaysia hari ini melancarkan Tacx NEO 3M, alat latihan pemacu langsung yang paling tepat dan berkuasa dengan pergerakan multiarah untuk meningkatkan prestasi kayuhan ke tahap yang lebih tinggi. Alat latihan pintar dalaman terbaharu ini dilengkapi dengan pelat gerakan terbina dalam untuk memberikan pengalaman kayuhan yang lebih selesa dan realistik. Tacx NEO 3M turut memperkukuhkan sistem brek motor elektromagnetik inovatifnya, menghasilkan roda peneraju maya yang membolehkan pengguna merasai pengalaman menunggang pada pelbagai jenis permukaan jalan, termasuk turunan bukit.
Selain itu, alat ini berintegrasi dengan aplikasi latihan Tacx, membolehkan pengguna menyelesaikan pelan latihan yang diselaraskan dari kalendar Garmin Connect, menyertai GroupRides maya, mengambil bahagian dalam latihan bersama pasukan profesional WorldTour, dan menikmati video mengasyikkan dari laluan serta lokasi tercantik di seluruh dunia.
Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, berkata:
“Matlamat kami adalah untuk menjadikan latihan dalaman seakan-akan pengalaman menunggang di luar, dan kami bangga merealisasikan perkara itu dengan pengenalan Tacx NEO 3M—satu-satunya alat latihan dengan pergerakan multiarah, roda peneraju maya, dan motor magnet. Dengan teknologi ini, pengguna dapat meningkatkan latihan mereka ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini.”
Tingkatkan Latihan Dalaman Anda ke Tahap Seterusnya
Tacx NEO 3M menawarkan pengalaman kayuhan dalaman yang paling realistik dengan ciri-ciri canggih termasuk:
- Pergerakan Multiarah: Pelat gerakan terbina dalam menyokong lenturan sisi-ke-sisi semula jadi sambil menambah pergerakan hadapan-belakang untuk kedudukan kayuhan yang lebih semula jadi. Pelat ini boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan.
- Rasa Jalanan Nyata: Roda peneraju maya mensimulasikan pelbagai jenis permukaan jalan, seperti jalan berbatu atau kerikil.
- Integrasi Aplikasi: Selain aplikasi latihan Tacx, alat ini boleh disambungkan ke platform latihan dan kayuhan maya lain seperti TrainerRoad dan Zwift, dengan data kayuhan dimuat naik secara automatik ke aplikasi Garmin Connect.
- Simulasi Cerun: Berlatih pada cerun yang disimulasikan dengan realistik hingga 25% dan merasai simulasi turunan bukit.
- Ketepatan Kuasa: Ukuran prestasi seperti kuasa, kelajuan, dan kadens adalah tepat dalam margin 1%.
- Reka Bentuk Hebat: Magnet yang mengurangkan getaran untuk operasi yang senyap, dengan indikator LED terbina dalam yang berubah warna mengikut intensiti latihan.
Dapatkan Lebih Banyak dari Latihan Anda dengan Aplikasi Tacx Training
Dengan pembelian Tacx NEO 3M, pengguna mendapat langganan premium aplikasi Tacx Training selama tiga bulan. Aplikasi ini membolehkan pengguna:
- Menyelesaikan pelan latihan dari aplikasi Garmin Connect;
- Mengakses video latihan berkualiti tinggi dari seluruh dunia;
- Menyertai kayuhan bersama pasukan WorldTour; dan
- Berhubung dengan rakan-rakan secara global melalui GroupRide.
Harga dan Ketersediaan
Tacx NEO 3M kini boleh didapati dengan harga runcit RM9,999 di pengedar sah Garmin seperti:
- Cyclistic, Jaya One, Selangor
- USJ Bicycles, Subang Jaya, Selangor
- TBFS Cycle, Petaling Jaya, Selangor
- Quick Sport, Kuala Lumpur
- Veloworks, Kota Damansara, Selangor
- Lian Huat, Miri, Sarawak
Garmin Malaysia terus mengembangkan inovasi untuk memenuhi keperluan pelari, penunggang basikal, perenang, dan atlet semua peringkat. Untuk maklumat lanjut, layari garmin.com.my.













